Allah is first. Family second. Love the third.

Lama betul tak menulis. haha. tak ada idea plus cuti yang tak menentu. Nurse kan? haha. Minah ada satu cerita nak kongsi. Bukan setakat nak kongsi aje minah nak jugak dengar pendapat engkorang semua. ahh.. tak kira! nak jugak! haha..

  Bedah. Bedah ni student. Bedah bercinte cinte dengan si Mamat. Mamat pulak. Bukannya bengap. Tapi malas. Dah sebab mak bapak dia pun datuk datin. Memang keturunan begitu lah. Jadi lepas aje tamat SPM Mamat jaga perniagaan bapak dia. Satu benda baik yang ada kat Mamat. Tak lupa Tuhan. Tak macam dalam drama drama tu. Bila mak bapak kaya, lupa Tuhan.

   Satu hari Bedah tetiba je nak pegi sembahyang kat Masjid. Bukan la. Sebab hari tu dia keluar ke bandar. Dia tak jumpa surau kat situ. Lagipun lebih besar pahalanya sembahyang di masjid. Yang ini cikgu engkorang ada bagitahu kan? Bedah parking selipar dia dekat pintu besar. Dan seperti biasa juga, kecurian selipar amat amat lah popular di Masjid. Sebenarnya engkorang lupa engkorang parking mana. Kan? Lepas sembahyang tu. Selipar Bedah di dapati hilang. Tapi Bedah nak cari juga. Dasar kedekut betul nak beli selipar baru.

   Habis satu Masjid dia round. Last sekali dia duduk je dekat tangga depan pintu besar tu. Muka nak menangis. Mamat pulak dok ushar Bedah tu dari tadi lagi. Tetiba Mamat rasa nak tegur. Mamat pun tegur.
"Assalamualaikum sedari.." (cewah, kalah novel cinta)
"Waalaikumsalam.."
"Kenape Sedari ni? Macam hilang anak aje."
"Selipar saya hilang bang.."
"Ohh, Lain kali jangan pakai selipar masuk masjid ni."
"Abistu nak pakai apa..?"
"Pakai But Phua Chu Kang.."
"Eh eh abang ni.."
"Tak, saya pun sama. Ada sehari tu 5kali saya datang sembahyang kat sini. 5kali hilang. Huhu.."
"Haha..."
"Dalam kereta saya ada selipar spare.. Nak?"
"Nakkkk!!"

Dah la. Aku malas nak tulis panjang panjang. Cerita dia. Bedah dah bercinta cinta elok dengan Mamat. Satu hari, Mamat dipanggil balik ke rumah mak bapaknya. Mak dia dah uruskan semuanya. Mamat diarah bertunang dengan pilihan mak bapaknya. Mamat ingat kata Bedah..
"Allah is first. Family second. Love the third.."
Maka, Yang pertama Mamat buat ialah Sembahyang Estikharah. Dan masih lagi merasakan Bedah lah jodohnya. Yang kedua Mamat menerangkan keadaan sebenarnya kepada mak dan bapaknya. Tetapi Mak bapaknya tetap dengan keputusan menjodohkan Mamat dengan orang lain. Yang Ketiga, Mamat beritahu Bedah dengan dukanya. Bedah rebah.

Soalan.. Kalau engkorang jadi Mamat engkorang nak buat apa?
             
             a. Tinggalkan mak bapak, cari kerja lain, kumpul duit, kahwin dengan Bedah.
             b. Tinggalkan Bedah. Kahwin dengan pilihan mak bapak.
             c. Buat buat gila masuk dalam hospital gila, Mak tak dapat, Bedah pun tak dapat.


kalau aku jawab a, aku derhaka.. kalau aku jawab b, aku sengsara.. aku jawab c laa..




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)