Rindu yang terlarang.

Lagu tiada kasih tiada cinta yang didendangkan oleh adi putra dalam filem aku terima nikahnya bermain di telefon bimbit aku. Berulang ulang sengaja tidak dihentikan. Air mata tidak pernah kering semenjak Saiful menghilangkan diri. Aku sentiasa mengingat kembali saat aku bersamanya, mencari apa yang tidak kena.

Aku dan keluarga keluar makan bersama. Saiful sedang makan dengan berseleranya kembali diimbas mata. Aku mengisi masa dengan menonton siaran astro warna maharajalawak mega. Kali ini suara. Suara Saiful ketawa pula didengari di telinga. Aku lupa aku pernah menonton cerita itu bersama dia. Mata mengimbas masa bersama setiap kali aku pandang atau memakai baju yang aku pakai ketika hari hari bersama dia. Hidung. Hidung aku pula terhidu hidu bau perfumenya.

Setiap malam aku akan dengar semula nyanyian Saiful ketika dia ingin memujuk aku dulu. Aku tak pernah buang semua yang dia hantarkan dulu. Kemudian aku buka geleri dan klik folder yang tertulis ILOVEYOU. Gambar dia. Hanya dia. Aku memejam mata. Aku nampak dia. Dan setiap kali itu air mata mengalir serta merta. Sungguh aku rindu dia. Biar pun rindu itu rindu yang terlarang.




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Hari ketiga

Hari ni dah hari yang ketiga. Aku cuba untuk lupakan segalanya. Segalanya.

Aku rasa macam baru tersedar lepas jatuh dari bangunan yang setinggi KLCC yang sakitnya tidak dapat dirasa akibat terlumpuh dan patah riuk, sedangkan sakit itu sangat kronik. Adakah lagi harapan untuk aku sembuh? Walau setelah diberi lasix yang impaknya terlalu kuat, sakitnya masih dirasakan.


Sakit. Sakit Saiful. Sakit.



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Akhir

Ianya hampir dua hari setengah. Setengah lagi masuk tiga hari. Tiada sebarang panggilan mahupun sebarang pesanan ringkas daripada Mamat. Apakah ini sumpahan kepada Bedah. Tidak pernah merasai bahagia yang lama. Bahagia Bedah hanya sehari dua. Apabila dia jumpa yang benar benar mencintai, begini pula takdirnya.  Kata hati Bedah, Mamat sedaya upaya melupakan kisahnya dengan Bedah kerana dugaan yang sedang menempuh mereka. Bedah redha.

Di suatu sudut lagi, Mamat tak sanggup beri harapan palsu pada Bedah yang sedang mengharapkannya mengubah takdir tersebut. Mamat tak mampu. Fikirannya hanya mengenai tunangnya sekarang. Calon pilihan ibubapanya. Dia mahu Bedah dapat apa yang sepatutnya dengan cara dia harus lepaskan Bedah dan Bedah akan pilih orang yang lebih baik daripadanya.

Mamat silap. Bedah tetap tunggu. Tunggu dan terus tunggu. Sampaikan yang mahu berkenal kenal dengannya diberi alasan 'saya masih tunggu dia'. Sedangkan yang mahu berkenal kenal itu hanya orang suruhan Mamat.

Betapa setianya Bedah menunggu cinta yang lama meninggalkan. Setia. Tapi sampai bila? Semua itu dah berakhir. Akhir.


ya.. ini cerita aku.. Mungkin ini yang terakhir.. Saiful, aku lepaskan kau. :)




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Perasaan

Hari ini hari pertunangan Mamat dengan pilihan ibubapa nya. Meski hati Mamat telah dipahat dengan nama Bedah, Mamat tetap menunaikan permintaan ibubapanya kerana tidak mahu bergelar anak derhaka. Bedah akur. Tapi Bedah tahu, dalam hati Mamat ada Bedah. Berat hati Mamat melangkah keluar dari rumah untuk mengikuti rombongan tersebut.

"Ma.. Mamat tunggu kat rumah jela."
"Kamu tu yang nak bertunang tau, bukan mama. Kamu kena pergi jugak."
"Bukan sepatutnya calon lelaki tak perlu hadir ke?"
"Itu zaman dulu, ini zaman sekarang, pihak perempuan nak sarungkan cincin kepada calon lelaki. Jadi, kamu kena pergi jugak."

Mamat akur. Segak berbaju melayu putih. Seperti mahu ke majlis pernikahannya. Sebelum keluar dari bilik, Mamat mencuri sedikit waktu untuk menelefon kekasih hatinya, Bedah.

"Youu.., dalam hati I ada you je k.."
"I tahu. Dah.. You pergi lah.. Nanti lambat.."
"Kita doa banyak banyak supaya tuhan kuatkan jodoh kita k.."
"Insyaallah.. Dah.. You pergi dulu k.."
"ok.."

Bedah letak telefon. Bedah pasang cerita Maharajalawak dan gelak sekuat kuat hatinya menyembunyikan perasaan sebenarnya.


Saiful Bukhari b. Manan.. Saya tak mampu harungi dugaan ini.





hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Allah is first. Family second. Love the third.

Lama betul tak menulis. haha. tak ada idea plus cuti yang tak menentu. Nurse kan? haha. Minah ada satu cerita nak kongsi. Bukan setakat nak kongsi aje minah nak jugak dengar pendapat engkorang semua. ahh.. tak kira! nak jugak! haha..

  Bedah. Bedah ni student. Bedah bercinte cinte dengan si Mamat. Mamat pulak. Bukannya bengap. Tapi malas. Dah sebab mak bapak dia pun datuk datin. Memang keturunan begitu lah. Jadi lepas aje tamat SPM Mamat jaga perniagaan bapak dia. Satu benda baik yang ada kat Mamat. Tak lupa Tuhan. Tak macam dalam drama drama tu. Bila mak bapak kaya, lupa Tuhan.

   Satu hari Bedah tetiba je nak pegi sembahyang kat Masjid. Bukan la. Sebab hari tu dia keluar ke bandar. Dia tak jumpa surau kat situ. Lagipun lebih besar pahalanya sembahyang di masjid. Yang ini cikgu engkorang ada bagitahu kan? Bedah parking selipar dia dekat pintu besar. Dan seperti biasa juga, kecurian selipar amat amat lah popular di Masjid. Sebenarnya engkorang lupa engkorang parking mana. Kan? Lepas sembahyang tu. Selipar Bedah di dapati hilang. Tapi Bedah nak cari juga. Dasar kedekut betul nak beli selipar baru.

   Habis satu Masjid dia round. Last sekali dia duduk je dekat tangga depan pintu besar tu. Muka nak menangis. Mamat pulak dok ushar Bedah tu dari tadi lagi. Tetiba Mamat rasa nak tegur. Mamat pun tegur.
"Assalamualaikum sedari.." (cewah, kalah novel cinta)
"Waalaikumsalam.."
"Kenape Sedari ni? Macam hilang anak aje."
"Selipar saya hilang bang.."
"Ohh, Lain kali jangan pakai selipar masuk masjid ni."
"Abistu nak pakai apa..?"
"Pakai But Phua Chu Kang.."
"Eh eh abang ni.."
"Tak, saya pun sama. Ada sehari tu 5kali saya datang sembahyang kat sini. 5kali hilang. Huhu.."
"Haha..."
"Dalam kereta saya ada selipar spare.. Nak?"
"Nakkkk!!"

Dah la. Aku malas nak tulis panjang panjang. Cerita dia. Bedah dah bercinta cinta elok dengan Mamat. Satu hari, Mamat dipanggil balik ke rumah mak bapaknya. Mak dia dah uruskan semuanya. Mamat diarah bertunang dengan pilihan mak bapaknya. Mamat ingat kata Bedah..
"Allah is first. Family second. Love the third.."
Maka, Yang pertama Mamat buat ialah Sembahyang Estikharah. Dan masih lagi merasakan Bedah lah jodohnya. Yang kedua Mamat menerangkan keadaan sebenarnya kepada mak dan bapaknya. Tetapi Mak bapaknya tetap dengan keputusan menjodohkan Mamat dengan orang lain. Yang Ketiga, Mamat beritahu Bedah dengan dukanya. Bedah rebah.

Soalan.. Kalau engkorang jadi Mamat engkorang nak buat apa?
             
             a. Tinggalkan mak bapak, cari kerja lain, kumpul duit, kahwin dengan Bedah.
             b. Tinggalkan Bedah. Kahwin dengan pilihan mak bapak.
             c. Buat buat gila masuk dalam hospital gila, Mak tak dapat, Bedah pun tak dapat.


kalau aku jawab a, aku derhaka.. kalau aku jawab b, aku sengsara.. aku jawab c laa..




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

hancur hati mengenang janji


hancur hati mengenang janji




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Percubaan menulis happy ending , huu :')


percubaan kali pertama menulis happy ending , huhu :')
--> Takdir
Enjoy :)



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

cerita kawan tak boleh jadi kekasih


cerita ini di adaptasikan atas dasar pengalaman sendiri :)



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

duapuluhdua kau - amal hamsan

Kau, aku.

Kita ini, pernah ketawa bersama satu ketika dahulu.
Pernah menangis bersama di satu ketika dahulu.

Sehinggalah angin tiba.

Angin itu, yang entah kenapa begitu dengkikan kau aku, kita, terus saja menerbangkan aku.
Menghilangkan aku dari pegangan kau.
Dan menghapuskan kau dari pandangan mata aku.

Berbulan aku hilang kawalan, terapung tak tentu hala di awangan.
Hampir aku mati tersangkut di tingginya puncakkan.
Dan hampir saja aku jatuh ke dalam gaung yang jurangnya terdalam.

Sehinggalah angin menghantar aku pada kau semula.

Kau yang masih ada di sini.

Dan kini, kau dan aku, kita, masih mampu untuk ketawa bersama seperti dahulu.
Masih mampu untuk menangis seperti dahulu.

Tapi, ada yang hilang.

amal hamsan



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

segmen:bloglist bulan jun by missmyra

kalau nak join klik banner cute nii (:

soalan : kenapa korang nak masuk dalam bloglist pilihan myra?


jawapan :
1. sebab nak tambah follower (:
2. sebab banner tuu cute lahh (:
3. sebab saya support miss myra (:




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

date : walaupun itu yang pertama tapi ia selalu jadi yang terakhir


tekan sini ..
"kalau aku jadi engkau , dah lama agaknya aku kurus , kecewa . cerita kau tragis , kawan ." kata sahabat aku.

masalah nya aku dah lama cuba . tapi tak boleh . haih -.-



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

teringat yang dulu dulu part satuu

bila tengok tibi 611 , astro ceria , mesti nak tengok KLIK .. ahaha.. teringat pulak zaman zaman sekolah dulu.. cehhh.. baru dua tahun.. cakap macam lame je.. banyak benda yang jadi kenangan manis dan tak lupa jugak yang sibuk nak jadi kenangan pahit.. benda benda nakal? benda paling jahat..? sinonim la dengan tajuk entri ni.. ye dakk?



benda paling jahat kat sekolah yang aku pernah buat? pernah curi curi bawak buku dari perpustakaan keluar.. sorok buku tu dalam baju.. sebab tak bawak kad perpustakaan nak meminjam buku tu.. cehhh.. baik sangat lah pulak nak meminjam buku.. kalau tak sebab buku tu ada kena mengena dengan folio yang kita kena buat.. batang hidung pun tak nampak kat perpustakaan tu.. perpustakaan tu dah macam rumah banglo yang berpuaka.. tak ada siapa berani masuk.. main kejar kejar dengan cikgu sebab tak siap kerja sekolah.. kalau cikgu tu betul betul mengamuk aku rasa dah lama aku jadi arwah.. sebab muka cikgu dah merah.. betul betul marah tu.. aku ingat dia berlakon je.. tiba tiba jadi real pulak..

lain lain lain.. menyorok dalam toilet masa perhimpunan.. tutup lampu , tahan napas sebab nanti pengawas dengar.. macam pengawas boleh dengar bunyik napas.. kecuali lah kalau pengawas tu anjing boleh hidu bau manusia pulak.. lagi lagi lagi.. cari pasal dengan budak pakai kasut lekat lekat.., konon konon dulu power la kalau pakai kasut ikat ikat tali.. yang pakai kasut lekat lekat tu loser.. so apelagi.. gaduh laa.. haha.. jahat tak? jahat tak?

korang pulak??



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

hijrah

orang melayu selalu selesa dengan apa yang dia ada.. tak ada sense ke? bila tengok orang beli kereta besar.. dia pun pandang kereta dia dan cakap.. "takpe.. kereta ni boleh pakai lagi.." bila tengok orang lain naik pangkat.. dia pun kata.. "takpe... gaji sekarang pun dah ok dah.." bila dengar kawan baru ambil master.. dia kata.. "takpe sekarang degree pun boleh kerja bagus jugak.."

tapi.. ada sapa sapa tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang? dulu dulu.. wahh.. aku ada spm lah.. aku ada spm lah.. sekarang degree pun dah macam spm, tau takk.. ohh please lah orang melayu... ayuh kita bangun juangkan diri membela nasib.. ayuh lah berhijrah kepada yang malas ke yang rajin.. orang sekarang ni semua pandai pandai.. kolej swasta berlambak lambak.. kata sastera dia.. bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.. betei dakk?? usaha itu tangga kejayaan.. kalau nak berjaya.. maka naik lah tangga.. keh keh keh..

fenomena makan kesmes boleh jadi pandei.. kesmes minda name dia.. bertapak di kawasan perumahan aku.. dan telah mempengaruh seorang makcik cun yang dianugerahi oleh tuhan sebagai mak aku pergi untuk membelinya.. maka aku dipaksa menelan kesmes tersebut akibat duit mak yang telah burn akibat membeli kesmes itu..

repek raban ini dipengaruh oleh surat tawaran temuduga SPA yang baru sampai rumah mak aku semalam :) "ini peluang baik.. peluang yang tak semua orang terpilih untuk dapat.. masa depan cerah masa depan cerah.. terjamin.." <-- ayat mak aku..

engkau orang jangan nak jadi setan menghasut aku tak payah pergi eh..
adakah ini kesan daripada menelan kesmes minda? -.-



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

tak puas hati .

aku bukan nak kata aku teror.. aku bukan nak kata aku power.. tapi kalau hakikat dia, aku memang teror memang power apa boleh buat.. tapi bila kita dah jadi orang teror.. dah jadi orang power.. dan dah compem compem ada yang tak puas hati dengan kita.. betul? tak puas hati makna dia apa? cer bagitau sikit.. tak puas hati makna dia, kau tak boleh terima orang tu lebih power dan teror dari kau.. kata sopan dia.. cemburu.. kata tak sopan dia.. busuk hati.. betei dakk??


tapi kau silap.. pegi mengata aku dekat kawan aku.. jap.. aku buat bodoh jap.. sekali sekala aku ajak kau makan dengan kengkawan setan aku.. bahan kau kaw kaw.. menangis kau balik panggil mak kau.. lain kali kalau tak puas hati cakap.. jangan mengata belakang belakang..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

reality dan novel

kau rasa kau akan jatuh hati takk kalau seorang manusia bergelar lelaki jaga kau macam dia jaga mak dia.. ni untuk kau yang ofcourse pada zahir dan batinnya perempuan , kalau lelaki jatuh hati dengan lelaki , what the heck..? damn.. ini gara gara baru lepas membaca novel kesah percintaan songsang la nih..! dah.. dah.. cerita pasal mak dah kompem kompem kau fikir baik gila macam jaga belon tanak kasik pecah.. ye dakk?

well.. dalam hal ni.. ada dua je jawapan atau lebih sinonim dua kemungkinan yang kau akan hadapi..
1) kau kapel dengan dia
2) kau ngan dia macam orang yang tak pernah kenal
and most popularfull answer is.. the second probability.. cehh.. aku dah dapat tangkap ape yang kepale hotak kau orang cuba proseskan.. pengalaman?? for sure semua orang belajar melalui pengalaman.. pepatah kata pengalaman mendewasakan kita.. yes.. dengan perasaan yang separa malu bertambah semangat yang kental.. aku mengaku.. ini adalah pengalaman aku sendiri..

rasa dia? rase lah strawberi sikitt.. yes.. aku mengaku aku jatuh hati ke dia.. tapi ape bodoh sangat mase aku memang tengah bodoh bodoh tuh.. aku pergi compess ke dia.. kalau aku yang dah besar ni ade kat masa tuh sekarang,, dah aku lepuk kepala aku yang tengah bodoh tuh kasi pandai sikitt.. and yes.. the answer is he consider me as a stranger.. perghh.. perit benar rasa dia.. sanggup aku jatuh besikal tujuh kali daripada rasa semacam gini.. betol sakit wooh..

tapi salah aku ke kalau aku jatuh hati ke dia? em..., physically,, aku rasa memang salah aku.. kenapa aku jatuh hati ke dia? sebab dia yang hari hari tapau untuk aku bila aku malas nak makan.. dia yang hari hari bagi aku makan gula gula yang jadik fevret pulak tetiba.. dia yang hari hari copkan tempat duduk aku dalam bas.. dia yang hari hari lepak gedik gedik ngan aku kat taman.. dia yang hari hari buat aku mengadap cermin dengan perasan.. dia yang hari hari buat aku malu dengan soalan soalan panas kawan kawan..

sampai satu tahap aku dah tak boleh nak kawal perasaan aku yang semakin sayangkan kau.. aku putuskan untuk bagitahu ape yang aku rasa ni kat kau.. masa tu aku ingat kau pun sama ada perasaan yang dengan aku.. salah aku.. memang salah aku tak pandai nak tafsir perbuatan kau tuh hanya sekadar kawan dengan kawan.. kau pun menyepi dari hidup aku.. dan setiap kali aku rase nak tegur kau , aku rase malu.. malu dengan ape yang dah aku buat.. aku dah rosakkan saat indah kite..

masa berlalu hanya sebegitu.. sekarang aku dah besar.. macam dah pandai sikitt.. sekali lagi situasi ini berlaku pada aku.. tapi kali ini aku memilih untuk jauhkan diri aku.. walau pun berat tapi apa yang bakal terjadi lebih berat daripada ini.. macam dalam novel , hero dia akan cari heroin dia walau jauh macam mana sekali punn.. sebab hero tuh jugak ada perasaan yang sama dengan heroin.. tapi akhir dia tak akan jadi seperti novel yang selalu aku baca kan?

kalau tiada happy ending macam dalam novel tuh.. kenapa wujudkan novel.. betul betul bagi orang harapan lah..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

hypocrite

wall pesbukk bedah senget dipenuhi dengan loving terms oleh mat dom.. tapi di relationship status dia tertulis mat heng.. manakala dia pulak asyik mengepost status berbau cintan cintut di wall mat ped.. ini telah menimbulkan satu krisis di antara kiah kokek yang sedang hangat bercinta dengan mat ped dengan bedah senget yang sedang asyik menggila mengepost status berbau cintan cintut di wall mat ped..

dah.. tak pasal pasal mat ped jadi rebutan di antara kiah kokek dengan bedah senget.. bedah senget telah mengacau hubungan intim diantara kiah kokek dengan mat ped.. manakala mat heng yang sedang berada di status relationship bedah senget kebingungan.. lalu mat heng cuba pula mentakel kiah kokek yang konon nya setia dengan mat ped.. kini jelas bahawa pasangan bedah senget dan mat heng masing masing tidak setia dan sangat hipokrit..

kesian kiah kokek yang setia tuu =(



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

jujur

aku bukak pesbukk.. terpampang satu status di home page aku bahawa seorang perempuan telah pun mengepost 'i love you' di wall boypren aku.. dan boypren aku like status itu.. dengan perasaan marah yang membuak buak di tambah dengan hasutan syaitan.. 'gaduh! gaduh! gaduh!' celaka punya setann. aku pun mengukir sesuatu seperti.. 'amboi :)'

lalu boypren aku memadam semua status itu dengan cermat.. kemudian satu mesej diterima di handphone aku..
'b takde pape ngan dia..' aku balas.. 'tak tanya apa apa pun..'

kalau nak curang, biar pandai sikit tak payah nak jujur sangat . =='



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

berpaling tadah

aku dapat tawaran sambung belajar kat oversi.. alhamdulillah.. benda yang paling aku impikan selama ni.. berat hati aku nak meninggalkan kampung, mak, ayah, adik adik.. dan semestinya dia yang tersayang.. tak sanggup aku nak tengok muka dia.. tapi ini juga penting untuk masa depan aku..

2 julai 2000, hari ini aku akan berangkat ke sana demi mengejar cita cita aku.. sebelum aku airport, aku luangkan masa aku dengan si dia yang aku sayang.. pertama kali seumur hidup aku melihat air mata dia jatuh.. aku beri dia sapu tangan kesayangan aku.. aku jugak turut mengalirkan air mata.. betapa aku dapat rasakan dia amat menyayangi aku.. aku yakin dia pasti menunggu aku.. terima kasih ya allah, kerana berikan kami kasih sayang sedalam ini..

7 ogos 2004, hari yang aku tunggu tunggu selama ini.. aku sangat rindu pada mak, ayah, adik adik.. dan juga dia yang tersayang.. aku ada belikan hadiah untuk dia.. aku harap dia suka..

8 ogos 2004, aku selamat sampai ke tanah air.. aku mengambil teksi dan terus ke rumahku.. memeluk mak, ayah dan adik adik yang dulu nya kecil kecil semasa aku tinggalkan.. sudah besar sekarang.. :) aku dengan perasaan teruja meminta izin untuk keluar berjumpa dengan si dia.. muka mak berubah.. ayah sekadar angguk begitu saja.. seperti sedang berlaku sesuatu tanpa pengetahuan aku.. hadiah yang aku beli di sana aku bawa untuk aku beri kepada dia..

berlari aku ke rumahnya.. sesampai aku di sana.. aku bersalaman dengan ibu dan ayahnya.. ibunya tersenyum gembira dengan kedatangan aku seperti dahulu.. tetapi bila aku tanyakan si dia.. muka ibunya berubah serta merta.. aku kebingungan.. tiba tiba aku terdengar suara kanak kanak riang di rumah itu.. ibunya pergi setelah itu meninggalkan aku dengan kanak kanak itu..

'siapa nama awak?'
'adam...'
'adam bin apa..'
'adam bin hisham...'

sekilas itu hisham keluar dari bilik nya dan terpaku seakan terkejut melihat kami..

hisham dah kawin lah citer dia.. adusss sakit betul hati saleha..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

hari tak selalu indah

aku nampak ada satu notification.. laju aku membukak notification tersebut.. 'friend request'.. sapa pulak budak nih.. tanpa berfikir panjang aku tekan button approve.. terus ke wall aku terukir ucapan 'thanks' dari dia.. aku balas 'wc :)'.. selang beberapa minit.. naik satu kotak disebelah kanan screen.. 'hai..' 

bermula dari situ aku kenali dia.. saling berbalas.. hari ke hari.. menunggu message dari dia di pesbuk.. comment di wall yang berjela jela.. hati berbunga bunga.. dan lepas tuh berpindah dari hanya di facebook ke telefon.. dari telefon pindah ke hati.. :) dan lepas tu.. berjumpa :)

tapi lepas jumpa?
"saya minta maaf saya tak boleh teruskan hubungan ni. awak terlalu jauh dari apa yang saya sangka"

aku tengok banyak awek kat taman titi sane tengah jogging pasal ni lah
 haish.. =='



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

syafira al basir pergi bercuti

jalan jalan di bandar hilir dan dataran pahlawan , melaka
juga di port dickson
terma kasih ayah :)




kenapa semua gamba kau tak nampak muka?
~itu memang style minah bergambar
=='




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

kembali

setiap yang hidup pasti akan mati.. bila dengar orang meninggal dunia cepat mulut akan membicara "inna lillahi wa inna lillahi rojiunn"- sesungguhnya kami adalah kepunyaan allah dan kepada allah jua lah kami kembali..




bila dia sahabat semestinya hati akan terasa kehilangan.. bila dia orang yang dicinta? kau harus redha dengan kepergian dia.. macam mana? adakah hati kau untuk dia akan berubah setelah dia pergi untuk selama lamanya.. mungkin dan tidak mungkin.. paling yang tidak dapat dilupakan adalah gelak tawa nya.. dan jugak senyuman dia.. mana mungkin hati aku akan berubah untuk dia.. tapi sampai bila.. hidup dengan bayang bayang dia.. perit.. sakit.. masih tak dapat menerima kenyataan nya dia bukan pergi tapi dia kembali untuk meninggalkan kau untuk selama lamanya..

tapi apabila datang nya cinta yang lain.. bingung.. ketika itu hati berbicara.. aku masih milik kau.. milik kau.. dan milik kau.. tapi hati.. apabila aku nampak dia seperti kau.. dia seperti kau.. kau kembali untuk aku.. tapi di hari perkahwinan.., hati aku tersedar yang kau telah pergi meninggalkan aku untuk selama lamanya dan aku bukan berkahwin dengan kau.. maafkan aku tapi dah tiba masanya untuk aku melepaskan kau..

al-fatihah buad arwah
Mohd Zainazrien Syamil B. Zainoddin
29 november 1993 - 20 januari 2012



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

kita hanya kawan :)

bila kau ada perasaan dengan kawan kau.. em.. macam mana.. aku tak berapa paham part ni.. kau kawan dengan dia.. tapi kalau tak kawan dulu macam mana.. bukan ke proses dia kawan dulu baru lebih lebih.. suka pada kawan baik.. lain ke..


kalau dah setiap hari dia lepak dengan kau.. macam orang kapel ditambah dengan gosip liar ditambah dengan rutin harian yang dilakukan bersama sama.. pergi kelas bersama.. rehat besama.. balik bersama.. petang pegi lepak taman.. buat buat singgah umah kau kata singgah sambil lalu.. janji jumpa kau.. bila orang tanya pasal kita rasa macam lain macam bila kau cakap.. "kita hanya kawan".. bila orang tanya pada aku.. rasa sakit nak jawab.. "kita hanya kawan"..

bila aku rasa kau pun rasa apa yang aku rasa.. tapi aku rasa kau malu untuk luahkan.. biar aku tolong kau.. aku letak satu note dekat bawah meja kau.. "aku suka kau".. kau terus mengelak dari aku seperti kita tak pernah kenal.. begitu lama kita bersama terasa janggal bila aku terpaksa lakukan rutin yang kita selalu buat bersama dahulu sorang sorang.. ya.. hanya aku dan diri aku.. perasaan menyesal aku hanya kerana aku meletakkan sebuah note kecil di bawah meja kau.. silap aku..


tapi mengapa setelah kini kau mula cari aku semula.. bila mana aku dengar dari mulut kawan kawan aku.. kau sering bertanya kepada mereka tentang aku.. sampai satu masa aku dapat satu note yang kau kirim melalui adik aku.. "aku rindu kau" tapi kenapa sekarang.. di saat aku sudah melupakan kau.. lalu aku kirim satu note untuk kau "kita hanya kawan :)"



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

suka atau cinta ?

ada sorang mamat nama dolah.. dolah orangnya pasif sedikit berbanding budak budak laki yang lain.. ada yang menggelar dia sebagai ustaz disebabkan perwatakkan dia yang mencenderong kepada orang seperti alim ulamak.. aku dan dia.. bagai bumi dan bintang.. dia bumi.. aku jadi bintang.. sebab bintang cantik sikit.. sangat jauh bezanya..

tapi kemusykilan nye timbul apabila aku dan dia seperti belangkas sekarang ni.. pelik takk? sangat pelik.. semua bermula apabila dia yang sepatutnya berada dalam department lain ditukarkan ke department yang sama dengan aku.. rehat bersama.. balik pun bersama sama.. sekarang boleh kata macam cekak dengan rambut.. dia rambut.. aku cekak.. sebab cekak comel sikit.. sampai ada pulak mulut yang nak mintak kaki pegi buat gosip aku dan dollah kapel.. ini boleh mendatangkan marah ni..

satu hari tuu.. dia beli coklat cadburry untuk aku.. gila.. aku tak pernah rasa macam ni.. cair kejap.. kejap je.. bila dah dapat coklat tuu aku rase terharu sangat pastu aku rase macam nak bagi dia sesuatu untuk balasan.. aku tahu dia suka air susu perisa strawberi.. aku pon macam nak beli je la kan untuk dia.. bila pergi kedai.. tak de.. em.. puas aku fikir nak bagi dia apa.. pastu aku cakap kat dia..

"wey, i dah cari merata dah susu strawberi yg u suka tuu.. tak jumpe lah.."
"u nk beli untuk i ke?"
"alamak, terkantoi pulak.."
"haha.., eh, boleh takk i nak mintak sesuatu.. takpayah bagi susu strawberi.."
"ape dia.."
"i nak u masak untuk i... boleh?"

terbeliak mata aku.. ape kena kau ejang? ni memang betul terase feel orang tengah bercinta ni.. ape nak buat ni.. buat bodoh jela.. satu hari kakak senior yang selalu jugak aku ajak lepak lepak ponteng kelas ajak aku lepak dan dia bukak pasal cerita ni..

"minah, akak nak tanya, kau suka ke kat dollah tuu?"
"akak ni apa kes.. orang ngan dollah tu best friend lah..."
"yeke? kalau dia terfeel lebih kat kau macam mana?"
"tak lah.. dia baik dengan semua orang lah kak.."
"biar akak cakap terus terang jelah ye.. semalam abang dol yang satu bilik dengan dia tu ada bagitau akak.. dia terbaca diari si dollah tu.. pergh.. kata dia penoh aje name kau.. lain macam je akak dengar minah.. apa cerita ni?"
"mungkin awek dia nama sama dengan saya.."
"boleh pakai jugak.. ok lah.. akak blah dulu.. bai.."

em.... dollah.. engkau jangan buat hal..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

baik sangatt

"cik.., tolong saye.. saye nak beli tiket ke titiwangse.." sekali pandang nampak macam handsome.. dua kali pandang nampak macam kacak pulak.. tige kali pandang handsome semula.. aku dengan kaver muke cute relakan hati nak tolong dia.. dia tersennyum.. "terima kasih.." cair sikit.. sikit je.. dia bersuara lagi.. "boleh pakai duit kertas kan?" aku mengangguk.. "tapi lima ringgit tak boleh masuk, encik.." wahhhh... kali ni aku bersuara.. dia nampak agak sedikit terkejut mendengar suara aku yang manje ala ala ratu rock negara, ella..

~sehelai baldu biru
yang kau beri dahulu
lambang cintamu itu..~

wow.. "cik ada duit kecik takk?" dia bertanya.. adehh.. potong betei.. baru nak bajet bajet suare manje macam ella.. dengan hati yang teruja aku memberi dia lima keping duit kertas singgit.. "kire dulu.." aku kata.. dia kire depan aku.. dan mengangguk sekali lagi berterima kasih.. lepas beli token tuu.. aku tunggu tren macam biasa.. lepas tuu aku tengok dompet aku.. kejap lagi nak beli token lagi.. sebab aku perlu menukar tren star lrt kepada putra lrt.. tapi duit singgit singgit aku dah bagi kat dia.. ~pekkkk - tepuk dahi ~
terpaksa beratur kat kaunter.. adehhh.. ni semua mamat tadi punya pasal lah ni...



baik sangat pun salah ~ huhu



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

mak, kakak sayang mak !


aku tak dapat nak balik weekend yang lepas.. sebab aku dah janji dengan kawan aku nak pegi cari barang lappy dekat lowyatt.. so, nak kire kire dah dua minggu aku tak balik.. rindu gila kat mak aku.. em.. hari ahad.. aku rase tak ade plan buat ape ape hari tu.. aku pun call mak aku.. mak aku bagitahu yang hari tu nak pegi hantar adik aku yang dok asrama sane balik asrama dia.. mak aku tanya.. "nak ekod takk?" nakkkk!!

mak janji nak ambil aku kat hostel.. tapi tak tahu bila.. aku hanya menunggu.. menunggu dan terus menunggu.. lepas azan asar tadi.., ade mesej.. makk.. "siaplah..., mak dah nak keluar.."

aku pon bersiap dengan secomel comelnye.. kasut yang baru aku beli semalamnya, aku pakai.. niat hati nak tunjuk dekat mak aku.. aku pon tunggu kat bawah.. lepas tuu.. mak telefon..

"kakak, mak tak dapat nak ambil kakak.. dah lambat.."
"mak niii!! kakak dah siap dah.."
"bukan mak sengaja tanak ambil, dah lambat........ *tuuuutttt" <-- aku letak telefon..

perasaan benci amarah bercampur hasutan setan durjana membisik ditelinga bermain dengan emosi mengeluarkan titisan air mata di pipi.. aku kembali ke bilik aku.. lalu aku mesej kawan aku..
"farah..., kau kat mana.." kata dia.. dia dapat rase sesuatu bila aku hantar mesej tuu.. yela tuu.. dia turun cari aku.. dia nampak aku nangis..

dia tarik aku pergi surau.. "cerita lah.." asal aku bukak mulut air mata aku keluar asal aku bukak mulut dia keluar lagi.. damn.. macam mana aku nak cerita ni.. nak tak nak kena cerita jugak.. pastu dia ajak pegi makan bile dapat tau yang aku sengaja tanak makan dari pagi tadi sebab aku dah set dalam kepala otak aku, aku nak makan dengan mak..

lepas makan kat kedai tuu, mak telefon lagi.. aku sengaja biarkan.. mak mesej.. "turunlah, mak kat bawah.." aku balas.. "takyah la datang, balik lah.." mak telefon dan terus menelefon lagi.. akhir sekali aku menyerah.. aku angkat call tuu..

"cepat lah turun.."
"nape datang, kan da cakap tadi takyah datang.. balik lah.."
"mai lah sini.."
"jap.."
aku letak.. aku akur.. pegi jumpe mak aku..

"mak bukan sengaja......blablablabla" aku pun tak berapa dengar mak aku cakap apa sebab aku saja buad tanak dengar..
"kakak balik hari ahad.."
"kenapa?"
"saja"
aku salam mak aku pastu terus blah.. macam anak kurang ajar.. sampai je kat bilik.. berjurai jurai air mata aku.. kawan aku bukak tb al hijrah ceramah pasal ibu bapa.. celaka.. makin laju air mata aku.. tersedu sedu aku menelefon mak aku..

"makk.. kakak mintak maaf... kakak sayang mak..!"

makk..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

bila kau kata maaf

maaf.. sorry.. maaf.. sorry.. same je.. kau ni pemaaf ke? kau senang nak maafkan orang? ke kau ni suke mintak maaf kat orang? mintak maaf kat orang? maknenye kau banyak buad silap? no.. no.. no.. tidak.. tidak.. tidak.. ape erti maaf..? ade sesiapa boleh bagitau takk..? sila angkat tangan.. mane? tak nampak pun..? tak tahu ke? ahaha..

mintak maaf tak bermakna kita selalu buat salah.. " u tak sihat? i mintak maaf sebab tak dapat datang tengok u.. kucing i mati.. ni i tengah baca talkin untuk dia la ni.." salah? takk? dan ade girl yang selalu mintak maaf macam ni.. " i mintak maaf sebab kalau i ada buad salah" belum buad salah dah mintak maaf.. silly girl.. wanita berhati lembut.. kau mintak maaf lepas bunuh orang pun dia akan maafkan.. insyaallah.. tapi kalau kau dump dia dan kau mintak maaf kat dia.. ok.. yang itu salah..


senang atau susah kau nak maafkan perkara sebegitu.. dimana bila dia berkata.. " i mintak maaf. i salah. my ex datang and mintak i terima dia semula. i rasa i sayangkan dia lagi. tapi i jugak sayang pada u. i buntu. sayang, i lepaskan u. i mintak maaf sangat sangat. " wow.. lets show the middle finger ! haha..

dan dikemudian hari nya..,
"sayang.."
"kau sape? bodoh.."
"ni i. i miss u honey.."
"kau sape..? lagi sekali bodoh.."
"i laa.. u dah lupe i? sayang, i mintak maaf. dia dah tinggalkan i lagi.. i mintak maaf. i janji i takkan tinggalkan u lagi. terime lahh i balik.. plisss :("


ok.. kau patut kata ape bila dia kata gitu..? sini aku ajar kau cakap.. kau patut cakap..

"GO TO HELL"

patut atau tidak patut? jika kau sayang pada dia.. kau fikirlah mana pergi sayang dia masa ex girlfriend dia begging nak couple balik dengan dia.. tuu sayang ke? no.. no.. no.. dia patut kena rejam sampai mati.. right? tak sampai hati? come on...! dia sampai je hati tinggalkan kau dan balik pada ex girlfriend dia.. hati.. bila hati kata maaf.. kau maafkan dia.. tapi terima dia kembali.. tidak sesekali..

itu salah kau.. sape suruh kau tinggal dia..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

dia bukan aku

bila kau sedar yang bf kau masih sayangkan ex nye.. ape nak buat?

ok.. aku test update benda ni as status kat facebook.. kau tau.. ramai yang kate "fuck that man!! " wahhh engkau.. main fuck fuck pulak.. cakap sekali lagi.. *main fuck fuck pulak.. celake.. suke pulak kau ulang benda tuu.. kau ingat ini konsert kaset rosak.. sudah.. diam semua..! ahaha..

ade pulak yang tanya macam mana boleh sedar.. bodoh.. sedar jela.. ok.. aku bagi contoh.. pakwe kau update status facebook.., dia kata.., "i feel like miss sumbudy, im sorry honey.." yang bermakna.. dia merindui seseorang yang sememangnya bukan kamu.. ok.., dalam kes ni.., lets say dia frust gila masa dia jumpa kau dan terus je kapel dengan kau.. ok.., kat situ aku rasa dia nak hilangkan rasa sedih dia je..

but, macam mane kalau kau dah buat sehabis baik kau untuk happy kan dia.. contoh? aik.. ni pun nak kena bagi contoh jugak ke? adehhh.. ok.. contoh dia.. kau dah geletek dia sampai dia penat.. ahaha.. bukan.. kau buat sampai dia sendiri cakap.. "im happy wif u honey, plis dun leave me.." tuu makna nya dia betei betei happy dengan kau.. tau takkkk??

tapi kalau dia happy time dia lepak dengan kau je? maksud dia..., time dia duduk kat rumah sorang sorang duduk mengadap facebook tanpa kau di sisi.. dia teringat pade makwe lame dia.. dan kau pernah terjumpa gambar makwe lama dia kat dalam bilik dia.. walaupun benda tu kat bawah katil.. kau ada terfikir kalau dia rindu kat makwe lama dia tu.., dia akan selongkar kat bawah katil dia untuk cari gambar tuu.. lepas kau suruh dia buang gambar tuu.. dia buat muka tak bersalah pada kau dan buang je.. atau kau sendiri yang buang.. aku rasa dia sedang menafikan perasaan dia yang sebenarnya rindu pada makwe lama dia sebab hati dia kata dia dah ada kau.. dan kau pula sedari kau tak boleh jadi seperti makwe yang dia kenang kenangkan tuu..


dan masa tuu kau boleh merasakan nya.. hati dia belum milik kau sepenuhnya..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

cik misi . .

ingat lagi entri ni? ok.. tuu time orang fikir kerja nurse ni hina kan.. kerja basuh buntot orang kann.. tapi baru baru ni.. aku balik kampung sebab ade kenduri kahwin.. dan ramai jugak yang sekarang cakap macam ni.. "hai cik misi.. cik misi ok cik misi..?" dengan muke serius buat aku terpesona.. ade makcik tuu.. "seronok tak minah belajar kat sana? anak makcik dapat tapi tak mau pegi.. nengis makcik 2malam sebab dia tanak pegi.. sekarang ada dok mengangkang je kat rumah tuu.. nak sembung yang lain tak dapat.. padan muka dia.." ok.. di saat itu aku rase organ organ badan aku mulai mengembang.. huhu.. bangga ! haa.. sekarang baru aku bersemangat nak balik kampung.. bila dah ade orang puji puji cenggini.. ye dakk?? terase la bangge sikit bila ade orang panggil seolah olah ade title datin.. ahaha.. title cik misi.. bila jumpa.. cik misi.. bila jumpa.. cik misi.. semua orang dok pangge aku cik misi dengan muke terhormatt.. ahaha.. tak sia sia masuk krusus misi.. memang saye bangge jadik cik misi !! hidup misi !!


ok.. ni uniform aku
pusrawi international college of medical sciences

result sem satuu dah keluar woii !
alhamdulillah..., minah lulus semua =)



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

janji

bila kata cinta jauh di mata
tentunya susah nak dipercaya
tapi atas dasar cinta yang mulia
mahu tak mahu ku percaya jua

mula nya cinta indah bahagia
al maklumlah cinta baru berbunga
semua yang pahit itu indah belaka
ini semua sayang lah punya bahana

hati si betina berbunga bunga
tak tahu pula hati si jantan nya
betina sangka si jantan setia
si jantan mengaku berpaling tadah rupanya

habis hancur dan punah perasaan cinta
tak sangka dipermainkan sebegini rupa
hanya berdoa agar si dia bahagia
sedangkan hati sendiri yang merana

dah lama pergi cinta ditangisi
tapi hati masih tak punya pengganti
nak kata keluh rasa dah hepi
alhamdulillah nikmat tuhan di syukuri

tapi hati mula berbelah bagi
bila cinta yang dulu datang kembali
mulut sahaja yang kata benci
tapi hati kata sayang lagi

bila dipujuk rayu bekali kali
hati terbuka terima dia kembali
waktu bersama terasa disayangi
bila hajat dia kata nak buat bini

aih.. hati ini berbunga kembali
bila bertemu ibu bapa kekasih hati
disitu tertanam harapan yang tinggi
harapan dimana dia kata nak buat bini

hari berganti hari
diri ini tetap diri ini
janji tinggal janji
akhirnya ditinggal sekali lagi

hancur harapan berkecai hati
sudah, sudah, pujuk hati
segalanya ku serah pada ilahi
agar bertemu kebahagian diri ini

janji nak buat bini, hak tuihhh..!



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

tahun baru =)



semua orang dok update pasal tahun baru ni apekehal.. aku pon nak jugak lahh.. ok tahun baru semua nak baru.. kan? ok nak buad wish list jap.. nak baju baru.. tudung baru.. kasut baru.. nak hempon baru.. nak laptop baru.. kereta baru.. rumah baru.. semua baru baru.. nak pakwe baru.. tett.. ehehe :D
ok dah cukup.. k baii..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)