hijrah

orang melayu selalu selesa dengan apa yang dia ada.. tak ada sense ke? bila tengok orang beli kereta besar.. dia pun pandang kereta dia dan cakap.. "takpe.. kereta ni boleh pakai lagi.." bila tengok orang lain naik pangkat.. dia pun kata.. "takpe... gaji sekarang pun dah ok dah.." bila dengar kawan baru ambil master.. dia kata.. "takpe sekarang degree pun boleh kerja bagus jugak.."

tapi.. ada sapa sapa tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang? dulu dulu.. wahh.. aku ada spm lah.. aku ada spm lah.. sekarang degree pun dah macam spm, tau takk.. ohh please lah orang melayu... ayuh kita bangun juangkan diri membela nasib.. ayuh lah berhijrah kepada yang malas ke yang rajin.. orang sekarang ni semua pandai pandai.. kolej swasta berlambak lambak.. kata sastera dia.. bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.. betei dakk?? usaha itu tangga kejayaan.. kalau nak berjaya.. maka naik lah tangga.. keh keh keh..

fenomena makan kesmes boleh jadi pandei.. kesmes minda name dia.. bertapak di kawasan perumahan aku.. dan telah mempengaruh seorang makcik cun yang dianugerahi oleh tuhan sebagai mak aku pergi untuk membelinya.. maka aku dipaksa menelan kesmes tersebut akibat duit mak yang telah burn akibat membeli kesmes itu..

repek raban ini dipengaruh oleh surat tawaran temuduga SPA yang baru sampai rumah mak aku semalam :) "ini peluang baik.. peluang yang tak semua orang terpilih untuk dapat.. masa depan cerah masa depan cerah.. terjamin.." <-- ayat mak aku..

engkau orang jangan nak jadi setan menghasut aku tak payah pergi eh..
adakah ini kesan daripada menelan kesmes minda? -.-



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

No comments:

Post a Comment

cer komen cer komen...