bumbumpow

best tak cerita ni? cer komen sikit. :)


Dosa

KOTA LECAK, 27 April 2345 -
Keretaapi Tanah Kelabu (KTK) musnah sekelip mata apabila dentuman kuat didengari ketika keretaapi itu sedang meneruskan perjalanan ke stesyen KTK Hangtuih pada kira kira jam 9PM, dekat daerah Kota Lecak, semalam. Keretaapi tersebut dipercayai mengalami kesekatan ketika berada di atas jalan keretaapi yang menghala ke stesyen KTK Hangtuih. Penumpang kira kira seramai 200 orang terkorban di dalam kejadian tersebut.
    Kejadian ini dipercayai berpunca daripada sebutir bomberangan yang telah dicuri dan dilaporkan hilang kira kira setahun yang lalu iaitu sejenis bom buatan jepun yang telah di import oleh Tanah Kelabu bagi tujuan mempertahankan negara ketika serangan Binatang bernama Jebon yang mengganas lima tahun yang lalu. Pihak berkuasa masih lagi menjalankan penyiasatan tentang punca sebenar kejadian. Orang ramai di nasihatkan menaiki kenderaan sendiri. Pihak berkuasa mengisytiharkan kejadian yang berlaku di daerah Kota Lecak ini kemungkinan serangan pengganas.



"Janji?"
"Janji... Saya takkan tinggalkan awak, jangan risau lah."


Diana. Penagih cinta lelaki. Danny. Kasarnova terhebat Malaya.
Danny berjanji. Tapi janji dia hanya kadang kala dia tepati. Diana gadis innocent yang hanya menepati janji janji nya.


Diana tengok jam di tangannya. 2.45 PM. Janji danny, dia datang sebelum 3 PM. Diana fikir masih smpat lagi jika dia pergi membeli sesuatu untuk mengisi perutnya yang sejak pagi kosong dan selepas kelas Puan jammy tadi, dia terus beergegas ke KLsentral bagi menepati janjinya.


Danny mengeluarkan telefon bimbit pintarnya. Matanya melilau mencari nama Sayangdalam kontak.
"Saya dah nampak awak." kata Diana sejurus selepas dia membuat panggilan daripada kontak Sayang itu tadi. Diana segera mendekati Danny. Danny sengih yang tak ikhlas. Oooh shitt! suara sedap dah, muka lawa lagi makcik tukang sapu kolej aku.


Danny jalan dengan laju. Diana diam. Muka Diana merah. Dia malu. Dan juga lapar. Danny beli 2 tiket KTK ke Bandar alam Segak. Danny beri satu pada Diana. Diana cepat cepat cari kerusi yang kosong. Dia duduk dengan selesa dan memandang pada Danny yang sedang berdiri.


Danny sedang memikir jalan bagaimana dia mahu lari dari pandangan Diana. Dia juga turut fikir bagaimana dia boleh bermain cinta dengan orang yang serupa makcik makcik ni. Bagaimana? Bagaimana?


Dia teringatkan cerita yang dicerita oleh abangnya. Suruh dia pergi belikan air mineral dan tinggalkan dia di dalam kedai. Atau... Bawa dia highway dan tinggalkan dia di situ ataupun berseronok dengan tengok wayang dan makan menggunakan duit dia, pura pura ke tandas dan tinggalkan dia.


Danny pilih yang ketiga. Menggunakan duit Diana untuk menonton wayang dan makan. Selepas bersenang lenang dengan perkara itu, dia pun pura pura ke tandas. Kemudia dia keluar dari bangunan setan yang menjadi pusat hiburan para remaja melepak dan membuangkan masa itu. Dia ketawa kejam.


Diana duduk di kerusi seperti yang dijanjikan. Innocent. Hanya menepati janjinya. Sementara Danny sedang gembira terlepas daripada perempuan yang serupa makcik makcik itu. Danny naik KTK. Kerana dia masih belum mampu untuk memiliki motor berkuasa besar idamannya. Danny kadang kala berasa cemburu dengan abangnya yang selalu mendapatkan apa yang diinginkannya. Terutama dalam soal cinta.


Sedang dia berada di dalam KTK itu. KTK tiba-tiba berhanti bergerak. Semua orang gelisah didalamnya. Mereka tertanya tanya mengapa perkara itu berlaku. Isyarat pengumuman berbunyi.
KTK telah ditawan. KTK telah ditawan. Amaran. Sila matikan telefon bimbit anda. Tiga orang lelaki bertopeng masuk disetiap gerabak. Semuanya kirakira 10 orang.


Semua penumpang akur. Mereka memasukkan telefon bimbit mereka ke dalam guni yang dihulurkan oleh salah seorang daripada lelaki bertopeng tadi. Nama kami ialah Askar bertopeng. Sila ikut arahan kami jika nak selamat. Amaran salah seorang dari mereka.


Kanak kanak menangis ketakutan. Mereka acu dan tembak. Kejam. Seorang lelaki melawan. Juga di acu lalu di tembak. Kira kira 2jam brada di atas landasan itu. Danny menelan air liur, mengeluh, gelisah serta tidak tentu arah menyembunyi perasaan takutnya. Seorang lelaki bercermin mata yang duduk di sebelah Danny hanya tersenyum.


"Sedara, kita ni tawanan. Kenapa saudara senyum?"
"Risau? Untuk apa. Sudah tahu kan kesudahannya? Mati. Itu pasti."
"Tapi kita tak bersalah, Mereka yang bersalah. Pengkhianat negara."
"Salah? Kau takpernah buat salah? Maca mana dengan dosa? Cuba fikir apa dosa paling besar kau pernah lakukan. Dosa."
Danny diam. Lelaki itu meneruskan lagi.
"Kau tahu apa dosa aku hari ni?"
"Aku curang dengan bini aku. Aku tidur dengan orang lain."
Danny diam lagi dan agak terkejut dengan pengakuan itu. Sedangkan mereka tidak pernah mengenali di antara satu sama lain.


"Aku kasarnova. Aku tipu banyak perempuan" jawab seorang lelaki yang di hadapan Danny.
Danny diam kaku.


"Saya pula dah mencabul kehormatan seorang gadis" Kata seorang lagi yang sedang berdiri.
"Semuanya berlaku pada hari ini?" tanya Danny.
Mereka menganggukkan kepala.


Danny diam. Dan sekarang dia fokus berdoa. dia memejamkan matanya. Mahu saja dia telefon ibunya untuk meminta maaf. Telefonnya disorokkan sewaktu arahan menungut telefon bimbit tadi. Dia buka peti simpanan. Satu mesej.


Tuhan tu ada, awak. Bila-bila masa dia boleh bayar. Cash lagi. Dan DIA memakbulkan doa orang yang teraniaya. Dan ini doa saya.


Lelaki bercermin mata senyum melihat Danny yang sedang pasrah berdoa.
Apa dosa kau untuk hari ini?




Faham?




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Harga seorang jururawat.

Doktor dan Nurses. Ramai kata even aku sendiri pon kata sebelum aku masuk ke bidang ni, nurses adalah orang suruhan doktor. Memang semua orang tak tahu yang ini, bila jururawat silap je sikit tersalah ke sama ada sengaja atau tak sengaja, pesakit boleh mati. Dan doktor hanya akan luluskan request nak balik  daripada pesakit selepas mengetahui result pemeriksaan daripada JURURAWAT. Jadi, berapa besarkah pangkat jururawat ni sebenarnya?

Bila doktor tak ada kat ward satu hari, jururawat boleh je conduct. Kalau jururawat yang tak ada pulak? Macam mana? Jadi anda semua ada hargai nurses? Yang selalu aku dengar, engkau orang cakap nurses pengotor, basuh berak orang, pemalas, makan gaji buta duduk aje tak buat kerja. Bukan itu je. Doktor? ohh sedakk sungguh berperisa memarahi nurses.

Engkau orang tahu kena jaga bagi makan ubat, mandikan, cuci luka, monitor bp, monitor DXT, monitor segala bagai monitor kejadah lagi berapa orang satu hari? Sedakkk je kata nurses tak buat kerja.

Nak tahu apa kerja doktor? Datang kerja pukui 9, pi makan dulu kat cafe, Sign form, buat report, makan tengah hari, suluh situ, suluh sana, sign sign, tengok pesakit, balik. Pastu pandang rendah kat nurses. hey geram aku. kalau macam tu aku pon boleh.  Ohh sedakknye kata kat orang bodohh. Cuba buat satu hari tanpa jururawat di hospital. Nak tengok sikit doktor ambil urin specimen.



Satu hari tanpa jururawat di hospital. Doktor ambil urin specimen. haha klakarr..
Hargailah jururawat ;)




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Karma


Satu percintaan bermula. Indah indah sepanjang masa. Biasa lah kalau perempuan, kalau duduk sekali ceritanya tak berhenti. Si gadis ceria setiap kali bercerita. Percintaan mereka terhenti saat Si lelaki berdiri. Berdiri tegak konon menjadi wira pertahankan pertiwi. Ibu si lelaki minta si lelaki tinggalkan si pujaan hati demi memenuhi kehendak bermenantukan seorang yang berdarjat tinggi.

Si bunga akur tetapi berat hati nak berundur. Si lelaki terpaksa pergi demi kebaikkan hubungannya dengan family. Tapi jauh disudut hati masih dia memuja pujaan hati. Jadi stalker kanan dan kiri. Sampai membahaya diri sendiri. Sungguh tulus cinta di hati.

Tapi si bunga tak pernah tahu. Dia fikir si lelaki bahagia di sisi cinta baru. Dia diam dan hanya buat tak tahu. Tak pernah pula dia nak ambil tahu. Yang sekarang dia tahu dia ada cinta seorang ibu. Ibu yang melayan kerenahnya dan tidak pernah jemu jemu. Dalam kepala dia hanya cinta ibu.

Selang beberapa tahun selepasnya. Si gadis seorang yang bekerjaya. Duduk di rumah besar bahagia bersama keluarga. Tanpa cinta tanpa sayang sesiapa. Hanya keluarga. Suatu hari yang tidak disangka sangka. Dia terjumpa si teruna. Kali ini cinta bertaut kasih yang lama. Si lelaki memutuskan cinta dengan pilihan keluarga. Mencari si gadis bertahun tahun lamanya. Akhirnya penantian tidak sia sia. Kali ini cinta nya lebih dari segalanya.

Si lelaki meminang si gadis dengan angan angan indahnya. Tapi alasan ibunya, dia seorang yang bekerjaya, bagaimana jaminan anaknya akan hidup bahagia sedangkan gaji si gadis lebih dua kali ganda. Keluarga si lelaki hanya menunduk muka. Inilah yang dinamakan karma. Memandang hanya pada Harta yang tidak membawa kemana mana.

Karma. Mak, sila jaga jaga. :D




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Cantik


Aku tak faham kenapa seorang perempuan atau mana mana yang lain lain perempuan sanggup berbelanja dengan sesuka hatinya untuk mereka di beri satu gelaran. Cantik. Demi kerana satu baju sanggup bergaduh dengan mak bapak adik beradik suami isteri dan juga kawan baik. Sebab baju tu cantik. haha

Cerita bermula dengan niat hati teman kawan baik berbelanja. Sejak aku kecewa ditinggal oleh dia. Aku keluar main pakai saja. Dah tak fikir pasal penampilan semasa. Pakai Tshirt Superman yang aku suka dan beg galas asal kan capai dek tangan sahaja. Niat kawan baik aku tu nak jumpa selama ini yang dipuja-puja. Dia bawa aku pergi butik bukan calang calang seperti penjaja. Mata aku terbeliak keluar tapi aku ikutkan sahaja. Orang ada ada seperti dia memang harga tak penting semasa berbelanja. Apa yang ada asalkan kena sahaja.

Haih.. Cerita pusing pusing punya cerita punya cerita. Aku ambil baju seperti dia dan cuba. Kedua dua mereka kata aku nampak tak macam biasa. Kali ini luar biasa. Aku pun tak tahu apa yang istimewa. Tapi bila dengar, aku pakai tu boleh dapat orang australia. Aku pula terkesima. Maka aku turuti saja kata mereka. Dalam keadaan terpaksa. Tapi aku agak aku juga mahu merasa. Jadi perempuan yang baik fitrahnya. Sopan dan ayu nampak di mata :)


*abaikan muka abaikan muka.


Andai saja awak masih lagi ada, saya janji pakai begini depan awak saja ;)



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)