Rindu yang terlarang.

Lagu tiada kasih tiada cinta yang didendangkan oleh adi putra dalam filem aku terima nikahnya bermain di telefon bimbit aku. Berulang ulang sengaja tidak dihentikan. Air mata tidak pernah kering semenjak Saiful menghilangkan diri. Aku sentiasa mengingat kembali saat aku bersamanya, mencari apa yang tidak kena.

Aku dan keluarga keluar makan bersama. Saiful sedang makan dengan berseleranya kembali diimbas mata. Aku mengisi masa dengan menonton siaran astro warna maharajalawak mega. Kali ini suara. Suara Saiful ketawa pula didengari di telinga. Aku lupa aku pernah menonton cerita itu bersama dia. Mata mengimbas masa bersama setiap kali aku pandang atau memakai baju yang aku pakai ketika hari hari bersama dia. Hidung. Hidung aku pula terhidu hidu bau perfumenya.

Setiap malam aku akan dengar semula nyanyian Saiful ketika dia ingin memujuk aku dulu. Aku tak pernah buang semua yang dia hantarkan dulu. Kemudian aku buka geleri dan klik folder yang tertulis ILOVEYOU. Gambar dia. Hanya dia. Aku memejam mata. Aku nampak dia. Dan setiap kali itu air mata mengalir serta merta. Sungguh aku rindu dia. Biar pun rindu itu rindu yang terlarang.




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Hari ketiga

Hari ni dah hari yang ketiga. Aku cuba untuk lupakan segalanya. Segalanya.

Aku rasa macam baru tersedar lepas jatuh dari bangunan yang setinggi KLCC yang sakitnya tidak dapat dirasa akibat terlumpuh dan patah riuk, sedangkan sakit itu sangat kronik. Adakah lagi harapan untuk aku sembuh? Walau setelah diberi lasix yang impaknya terlalu kuat, sakitnya masih dirasakan.


Sakit. Sakit Saiful. Sakit.



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Akhir

Ianya hampir dua hari setengah. Setengah lagi masuk tiga hari. Tiada sebarang panggilan mahupun sebarang pesanan ringkas daripada Mamat. Apakah ini sumpahan kepada Bedah. Tidak pernah merasai bahagia yang lama. Bahagia Bedah hanya sehari dua. Apabila dia jumpa yang benar benar mencintai, begini pula takdirnya.  Kata hati Bedah, Mamat sedaya upaya melupakan kisahnya dengan Bedah kerana dugaan yang sedang menempuh mereka. Bedah redha.

Di suatu sudut lagi, Mamat tak sanggup beri harapan palsu pada Bedah yang sedang mengharapkannya mengubah takdir tersebut. Mamat tak mampu. Fikirannya hanya mengenai tunangnya sekarang. Calon pilihan ibubapanya. Dia mahu Bedah dapat apa yang sepatutnya dengan cara dia harus lepaskan Bedah dan Bedah akan pilih orang yang lebih baik daripadanya.

Mamat silap. Bedah tetap tunggu. Tunggu dan terus tunggu. Sampaikan yang mahu berkenal kenal dengannya diberi alasan 'saya masih tunggu dia'. Sedangkan yang mahu berkenal kenal itu hanya orang suruhan Mamat.

Betapa setianya Bedah menunggu cinta yang lama meninggalkan. Setia. Tapi sampai bila? Semua itu dah berakhir. Akhir.


ya.. ini cerita aku.. Mungkin ini yang terakhir.. Saiful, aku lepaskan kau. :)




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Perasaan

Hari ini hari pertunangan Mamat dengan pilihan ibubapa nya. Meski hati Mamat telah dipahat dengan nama Bedah, Mamat tetap menunaikan permintaan ibubapanya kerana tidak mahu bergelar anak derhaka. Bedah akur. Tapi Bedah tahu, dalam hati Mamat ada Bedah. Berat hati Mamat melangkah keluar dari rumah untuk mengikuti rombongan tersebut.

"Ma.. Mamat tunggu kat rumah jela."
"Kamu tu yang nak bertunang tau, bukan mama. Kamu kena pergi jugak."
"Bukan sepatutnya calon lelaki tak perlu hadir ke?"
"Itu zaman dulu, ini zaman sekarang, pihak perempuan nak sarungkan cincin kepada calon lelaki. Jadi, kamu kena pergi jugak."

Mamat akur. Segak berbaju melayu putih. Seperti mahu ke majlis pernikahannya. Sebelum keluar dari bilik, Mamat mencuri sedikit waktu untuk menelefon kekasih hatinya, Bedah.

"Youu.., dalam hati I ada you je k.."
"I tahu. Dah.. You pergi lah.. Nanti lambat.."
"Kita doa banyak banyak supaya tuhan kuatkan jodoh kita k.."
"Insyaallah.. Dah.. You pergi dulu k.."
"ok.."

Bedah letak telefon. Bedah pasang cerita Maharajalawak dan gelak sekuat kuat hatinya menyembunyikan perasaan sebenarnya.


Saiful Bukhari b. Manan.. Saya tak mampu harungi dugaan ini.





hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)