Harga Murah



Okayy, first thing. Siapa berok tu? Biar aku koyak mulut dia. Aku setuju apa yang penulis ni kata. Nak dikatakan hampir oh bukan hampir tapi semua LELAKI akan bercakap tentang harga seorang perempuan. Okayy abang, boleh saya tanya harga emak awak? Harga adik perempuan awak? Macam mana pulak kalau LELAKI nak tu nak ni dekat awek diorang, main mintak mintak wei macam mintak cekelat aje, berlaku kepada mak, kakak atau adik perempuan awak?


Dekat sini saya nak bagitahu, masih ada lagi perempuan yang tak bersalah langsung yang dijerat sehingga memberi kehendak seroang teman LELAKI yang dia ingat lepas tu dorang boleh kahwin dan hidup happily ending. Okayy, ini dia tak fikir panjang. Kajian amat menyebelahi bahawa mangsa kebanyakkannya adalah budak budak bawah umur. And the thing is.. yang kapel dengan dia pun budak budak kan? Mana dia tahu semua? Mana dia tahu nak mintak mintak ni semua? Dia belajar mana? Sekolah ada ajar kah?


Kenapa ya semua ini tidak berlaku pada zaman mak mak kau dulu? Apa dia yang bezanya. Makan, semua makan nasi. Sekolah, orang dulu lagi terok, ada yang tak pergi sekolah. SIFAT MALU. Itukah? Atau perhatian ibubapa kah? Balik balik ibubapa yang dipersalahkan. Teknologi kah? Okayy, KEPALA HOTAK KAU LAH.


Kaki kelab malam pun cakap benda sama, "Kahwin nanti abang nak cari yang pakai tudung."


# Tolong hormat maruah saya sebagai seorang perempuan semacam mana awak hormat ibu dan adik perempuan awak. Taknak? Bagi sebijik penumbok dan belah. Insyaallah jodoh allah lebih indah.




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

bumbumpow

best tak cerita ni? cer komen sikit. :)


Dosa

KOTA LECAK, 27 April 2345 -
Keretaapi Tanah Kelabu (KTK) musnah sekelip mata apabila dentuman kuat didengari ketika keretaapi itu sedang meneruskan perjalanan ke stesyen KTK Hangtuih pada kira kira jam 9PM, dekat daerah Kota Lecak, semalam. Keretaapi tersebut dipercayai mengalami kesekatan ketika berada di atas jalan keretaapi yang menghala ke stesyen KTK Hangtuih. Penumpang kira kira seramai 200 orang terkorban di dalam kejadian tersebut.
    Kejadian ini dipercayai berpunca daripada sebutir bomberangan yang telah dicuri dan dilaporkan hilang kira kira setahun yang lalu iaitu sejenis bom buatan jepun yang telah di import oleh Tanah Kelabu bagi tujuan mempertahankan negara ketika serangan Binatang bernama Jebon yang mengganas lima tahun yang lalu. Pihak berkuasa masih lagi menjalankan penyiasatan tentang punca sebenar kejadian. Orang ramai di nasihatkan menaiki kenderaan sendiri. Pihak berkuasa mengisytiharkan kejadian yang berlaku di daerah Kota Lecak ini kemungkinan serangan pengganas.



"Janji?"
"Janji... Saya takkan tinggalkan awak, jangan risau lah."


Diana. Penagih cinta lelaki. Danny. Kasarnova terhebat Malaya.
Danny berjanji. Tapi janji dia hanya kadang kala dia tepati. Diana gadis innocent yang hanya menepati janji janji nya.


Diana tengok jam di tangannya. 2.45 PM. Janji danny, dia datang sebelum 3 PM. Diana fikir masih smpat lagi jika dia pergi membeli sesuatu untuk mengisi perutnya yang sejak pagi kosong dan selepas kelas Puan jammy tadi, dia terus beergegas ke KLsentral bagi menepati janjinya.


Danny mengeluarkan telefon bimbit pintarnya. Matanya melilau mencari nama Sayangdalam kontak.
"Saya dah nampak awak." kata Diana sejurus selepas dia membuat panggilan daripada kontak Sayang itu tadi. Diana segera mendekati Danny. Danny sengih yang tak ikhlas. Oooh shitt! suara sedap dah, muka lawa lagi makcik tukang sapu kolej aku.


Danny jalan dengan laju. Diana diam. Muka Diana merah. Dia malu. Dan juga lapar. Danny beli 2 tiket KTK ke Bandar alam Segak. Danny beri satu pada Diana. Diana cepat cepat cari kerusi yang kosong. Dia duduk dengan selesa dan memandang pada Danny yang sedang berdiri.


Danny sedang memikir jalan bagaimana dia mahu lari dari pandangan Diana. Dia juga turut fikir bagaimana dia boleh bermain cinta dengan orang yang serupa makcik makcik ni. Bagaimana? Bagaimana?


Dia teringatkan cerita yang dicerita oleh abangnya. Suruh dia pergi belikan air mineral dan tinggalkan dia di dalam kedai. Atau... Bawa dia highway dan tinggalkan dia di situ ataupun berseronok dengan tengok wayang dan makan menggunakan duit dia, pura pura ke tandas dan tinggalkan dia.


Danny pilih yang ketiga. Menggunakan duit Diana untuk menonton wayang dan makan. Selepas bersenang lenang dengan perkara itu, dia pun pura pura ke tandas. Kemudia dia keluar dari bangunan setan yang menjadi pusat hiburan para remaja melepak dan membuangkan masa itu. Dia ketawa kejam.


Diana duduk di kerusi seperti yang dijanjikan. Innocent. Hanya menepati janjinya. Sementara Danny sedang gembira terlepas daripada perempuan yang serupa makcik makcik itu. Danny naik KTK. Kerana dia masih belum mampu untuk memiliki motor berkuasa besar idamannya. Danny kadang kala berasa cemburu dengan abangnya yang selalu mendapatkan apa yang diinginkannya. Terutama dalam soal cinta.


Sedang dia berada di dalam KTK itu. KTK tiba-tiba berhanti bergerak. Semua orang gelisah didalamnya. Mereka tertanya tanya mengapa perkara itu berlaku. Isyarat pengumuman berbunyi.
KTK telah ditawan. KTK telah ditawan. Amaran. Sila matikan telefon bimbit anda. Tiga orang lelaki bertopeng masuk disetiap gerabak. Semuanya kirakira 10 orang.


Semua penumpang akur. Mereka memasukkan telefon bimbit mereka ke dalam guni yang dihulurkan oleh salah seorang daripada lelaki bertopeng tadi. Nama kami ialah Askar bertopeng. Sila ikut arahan kami jika nak selamat. Amaran salah seorang dari mereka.


Kanak kanak menangis ketakutan. Mereka acu dan tembak. Kejam. Seorang lelaki melawan. Juga di acu lalu di tembak. Kira kira 2jam brada di atas landasan itu. Danny menelan air liur, mengeluh, gelisah serta tidak tentu arah menyembunyi perasaan takutnya. Seorang lelaki bercermin mata yang duduk di sebelah Danny hanya tersenyum.


"Sedara, kita ni tawanan. Kenapa saudara senyum?"
"Risau? Untuk apa. Sudah tahu kan kesudahannya? Mati. Itu pasti."
"Tapi kita tak bersalah, Mereka yang bersalah. Pengkhianat negara."
"Salah? Kau takpernah buat salah? Maca mana dengan dosa? Cuba fikir apa dosa paling besar kau pernah lakukan. Dosa."
Danny diam. Lelaki itu meneruskan lagi.
"Kau tahu apa dosa aku hari ni?"
"Aku curang dengan bini aku. Aku tidur dengan orang lain."
Danny diam lagi dan agak terkejut dengan pengakuan itu. Sedangkan mereka tidak pernah mengenali di antara satu sama lain.


"Aku kasarnova. Aku tipu banyak perempuan" jawab seorang lelaki yang di hadapan Danny.
Danny diam kaku.


"Saya pula dah mencabul kehormatan seorang gadis" Kata seorang lagi yang sedang berdiri.
"Semuanya berlaku pada hari ini?" tanya Danny.
Mereka menganggukkan kepala.


Danny diam. Dan sekarang dia fokus berdoa. dia memejamkan matanya. Mahu saja dia telefon ibunya untuk meminta maaf. Telefonnya disorokkan sewaktu arahan menungut telefon bimbit tadi. Dia buka peti simpanan. Satu mesej.


Tuhan tu ada, awak. Bila-bila masa dia boleh bayar. Cash lagi. Dan DIA memakbulkan doa orang yang teraniaya. Dan ini doa saya.


Lelaki bercermin mata senyum melihat Danny yang sedang pasrah berdoa.
Apa dosa kau untuk hari ini?




Faham?




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Harga seorang jururawat.

Doktor dan Nurses. Ramai kata even aku sendiri pon kata sebelum aku masuk ke bidang ni, nurses adalah orang suruhan doktor. Memang semua orang tak tahu yang ini, bila jururawat silap je sikit tersalah ke sama ada sengaja atau tak sengaja, pesakit boleh mati. Dan doktor hanya akan luluskan request nak balik  daripada pesakit selepas mengetahui result pemeriksaan daripada JURURAWAT. Jadi, berapa besarkah pangkat jururawat ni sebenarnya?

Bila doktor tak ada kat ward satu hari, jururawat boleh je conduct. Kalau jururawat yang tak ada pulak? Macam mana? Jadi anda semua ada hargai nurses? Yang selalu aku dengar, engkau orang cakap nurses pengotor, basuh berak orang, pemalas, makan gaji buta duduk aje tak buat kerja. Bukan itu je. Doktor? ohh sedakk sungguh berperisa memarahi nurses.

Engkau orang tahu kena jaga bagi makan ubat, mandikan, cuci luka, monitor bp, monitor DXT, monitor segala bagai monitor kejadah lagi berapa orang satu hari? Sedakkk je kata nurses tak buat kerja.

Nak tahu apa kerja doktor? Datang kerja pukui 9, pi makan dulu kat cafe, Sign form, buat report, makan tengah hari, suluh situ, suluh sana, sign sign, tengok pesakit, balik. Pastu pandang rendah kat nurses. hey geram aku. kalau macam tu aku pon boleh.  Ohh sedakknye kata kat orang bodohh. Cuba buat satu hari tanpa jururawat di hospital. Nak tengok sikit doktor ambil urin specimen.



Satu hari tanpa jururawat di hospital. Doktor ambil urin specimen. haha klakarr..
Hargailah jururawat ;)




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Karma


Satu percintaan bermula. Indah indah sepanjang masa. Biasa lah kalau perempuan, kalau duduk sekali ceritanya tak berhenti. Si gadis ceria setiap kali bercerita. Percintaan mereka terhenti saat Si lelaki berdiri. Berdiri tegak konon menjadi wira pertahankan pertiwi. Ibu si lelaki minta si lelaki tinggalkan si pujaan hati demi memenuhi kehendak bermenantukan seorang yang berdarjat tinggi.

Si bunga akur tetapi berat hati nak berundur. Si lelaki terpaksa pergi demi kebaikkan hubungannya dengan family. Tapi jauh disudut hati masih dia memuja pujaan hati. Jadi stalker kanan dan kiri. Sampai membahaya diri sendiri. Sungguh tulus cinta di hati.

Tapi si bunga tak pernah tahu. Dia fikir si lelaki bahagia di sisi cinta baru. Dia diam dan hanya buat tak tahu. Tak pernah pula dia nak ambil tahu. Yang sekarang dia tahu dia ada cinta seorang ibu. Ibu yang melayan kerenahnya dan tidak pernah jemu jemu. Dalam kepala dia hanya cinta ibu.

Selang beberapa tahun selepasnya. Si gadis seorang yang bekerjaya. Duduk di rumah besar bahagia bersama keluarga. Tanpa cinta tanpa sayang sesiapa. Hanya keluarga. Suatu hari yang tidak disangka sangka. Dia terjumpa si teruna. Kali ini cinta bertaut kasih yang lama. Si lelaki memutuskan cinta dengan pilihan keluarga. Mencari si gadis bertahun tahun lamanya. Akhirnya penantian tidak sia sia. Kali ini cinta nya lebih dari segalanya.

Si lelaki meminang si gadis dengan angan angan indahnya. Tapi alasan ibunya, dia seorang yang bekerjaya, bagaimana jaminan anaknya akan hidup bahagia sedangkan gaji si gadis lebih dua kali ganda. Keluarga si lelaki hanya menunduk muka. Inilah yang dinamakan karma. Memandang hanya pada Harta yang tidak membawa kemana mana.

Karma. Mak, sila jaga jaga. :D




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Cantik


Aku tak faham kenapa seorang perempuan atau mana mana yang lain lain perempuan sanggup berbelanja dengan sesuka hatinya untuk mereka di beri satu gelaran. Cantik. Demi kerana satu baju sanggup bergaduh dengan mak bapak adik beradik suami isteri dan juga kawan baik. Sebab baju tu cantik. haha

Cerita bermula dengan niat hati teman kawan baik berbelanja. Sejak aku kecewa ditinggal oleh dia. Aku keluar main pakai saja. Dah tak fikir pasal penampilan semasa. Pakai Tshirt Superman yang aku suka dan beg galas asal kan capai dek tangan sahaja. Niat kawan baik aku tu nak jumpa selama ini yang dipuja-puja. Dia bawa aku pergi butik bukan calang calang seperti penjaja. Mata aku terbeliak keluar tapi aku ikutkan sahaja. Orang ada ada seperti dia memang harga tak penting semasa berbelanja. Apa yang ada asalkan kena sahaja.

Haih.. Cerita pusing pusing punya cerita punya cerita. Aku ambil baju seperti dia dan cuba. Kedua dua mereka kata aku nampak tak macam biasa. Kali ini luar biasa. Aku pun tak tahu apa yang istimewa. Tapi bila dengar, aku pakai tu boleh dapat orang australia. Aku pula terkesima. Maka aku turuti saja kata mereka. Dalam keadaan terpaksa. Tapi aku agak aku juga mahu merasa. Jadi perempuan yang baik fitrahnya. Sopan dan ayu nampak di mata :)


*abaikan muka abaikan muka.


Andai saja awak masih lagi ada, saya janji pakai begini depan awak saja ;)



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

nasyid dengan botol




                                         


klik sini untuk melihat video :) : http://www.youtube.com/watch?v=JA74ABBRoak


Majlis sambutan maulidur rasul 2013-Pusrawi International College Of Medical Sciences (PICOMS). Diploma In Nursing Batch July 2011.
-Mulanya memang berniat nak gunakan tabla atau yang sewaktu dengannya. Dengan usaha sama tanya cikgu nasyid masa sekolah masing masing yang tak berjaya. Maka alternatif yang lain adalah BOTOL. Menang tempat pertama. Enjoyed :)

aku lah drumer itu :)




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

My fairylady, MAMA ♥

Hari ni kita cerita pasal mak nak? 2 minggu yang lepas, timbul satu perasaan nak balik yang membuak buak apabila semua housemate aku balik rumah mak pak depa. Aku yang dah berbulan tak balik dan telah berazam di hari tahun baru yang lepas yang aku tak nak balik disebabkan hal tertentu, akhirnya kecundang. Yela azam entah hape hape, ada ke azam taknak balik rumah dah. Tu derhaka nama dia tu. Jangan ikut ekk.

Dengan perasaan rindu yang membuak buak, aku balik ke sarang di mana tempat tumpah darah aku di setiap kali aku jatuh. Masa tu sibuk main basikal. Ahh,, cerita lama. Mak tunggu depan pintu. Tengok je muka mak. Amboii, menderu deru air mata ni jatuh. Rindu sangat agaknya. Aku bukan taknak balik sebenarnya, tapi kalau aku balik aku akan lebih berasa benci pada ayah.

Malam tu, tak lekang aku peluk mak. Rimas mak. Haha. Esok pagi mak kata mak nak bawak aku dengan adik adik pergi jalan jalan.haa sudah, assignment aku tah bila nak buatnya. Tapi kerana mak, aku diamkan dan pergi. Mak bagi kami makan besar hari tu. Aiskrim dua round. KFC entah berapa kotak. Aku bantai sampai 4ketul. haha.

Hari tu aku sedar. Tanpa ayah. Kami juga mampu hidup bahagia. Selagi ada mak. :')


Mak..Cikgu, Doktor, Tailor, Hairstylish, Motivator, Bestfriend dan Nyawa. Nyawa aku. 




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

buah hati

ya, memang benar cinta aku dan saiful tak kekal lama. Tapi cinta aku dan mereka besar dan insyaallah untuk selamanya..




Nurul Fatin Hamimy , Siti Syuhada
Nur Amirah , Noramira
Norhafizah , Norashikin

KITA :')




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Err..

Aku mintak maaf sebab sebelum ni blog asyik cerita pasai Saiful. Belum belum. Blog ni belum tukar ke Blog Saiful lagi laa. Aku je yang terlampau ikutkan hati perasaan. Sepatutnya aku terima. Aku terima Qada' dan Qadar Allah.

Dan sebetulnya, Saiful sentiasa ada. Ada di hati aku. Sweet tak? Kalau buat movie boleh challenge "SETIA HUJUNG NYAWA" tak?

Aku kuatkan hati mahu pergi lebih tinggi. Insyaallah apa yang jadi ni, mengajar aku tabah, sabar dan menjadi lebih matang. Kejar cita cita. Banglo dekat Sri Iskandar, Perak.. untuk mak. Insyaallah tak lama lagi jadi kenyataan. Doakan ye?

Dan selain aku belajar yang ini, aku juga belajar erti kehidupan, erti sahabat. Rumah A4, aku takkan lupa korang. Ayie, Nora, Shikin, Fiza, Mira, Mimi. Korang KAWAN terbaik. Sedih la woii. Kita tak banyak masa lagi. Setahun lagi woii. Semua kerja gila kita, kerja terpuji kita, kerja terkutuk kita. Semua KITA.



Apesal aku rasa lain macam je post aku kali ni? Ini raya cina woii.. feel dia macam nak mati besok. kahkahkah




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

kenapa?


Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah
Diriku pun merebah

Sakit ini,
Adalah setia yang tak pernah kau mengerti

Dah hampir 3bulan. Aku buat buat sibuk. Hari hari aku mengadap buku. Aku dah buang semua gambar. Semua sms. Semua text yang ada namanya. Aku buang nombor telefonnya. Aku pasang maharaja lawak berulang kali. Aku gelak kuat kuat. Aku jerit. Aku nangis. Aku tidur. Aku makan. Aku solat. Aku buat itu dan buat ini. Semua....................Saiful saiful saiful saiful saiful saiful. Kenapa tak boleh lupa? Kenapa????

:"(




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

Aku jatuh

Lama aku tak jenguk sini. Banyak sangat masalah yang aku fikir. Sampai tekanan darah aku jadi hypertension. Berat badan aku turun mendadak. Dan keputusan exam aku corot. Buat kali pertama seumur hidup aku mengulang kertas peperiksaan. Kecewa. Aku benar benar kecewa kali ini.

Saiful. Mulut aku tak pernah berhenti dari menyebut nama dia. Setiap kali nafas aku, aku teringat dia. Setiap doaku untuk kesejahteraan dia. Ya tuhan, jika benar tiada jodoh antara kami, kau hilangkan lah rasa yang aku rasa ini. Biar lah tenteram jiwa aku dan dia. Aku redha.

Ayah. Kehilangan 'ayah' yang sangat kami sayangi. Bukan maksud aku, meninggal dunia. Tetapi kehilangan kasih sayang ayah yang kami cinta sejak kami datang ke dunia ni lepas dia buat pengakuan ada makwe muda. Ayah aku 49 dia 22? aku 20. Entah aku nak panggil dia apa lah nanti. Kecewa. Kecewa melihat mak yang sedang kecewa.

Terduduk aku dekat tepi tingkap. Kalau ada acara siapa menung paling lama dekat dunia, aku harap aku lah pemenang dia. Dengan pikir duit nak bayar repeat paper tu lagi. Kalau boleh pecah, aku pecahkan sekarang jugak kepala aku yang tengah berdenyut denyut ni. Kalau aku gila, aku dah terjun dari balkoni rumah aku yang kat tingkat 11 ni.

Aku sedang cuba untuk bangkit dari kejatuhan ni.


Tolong langgar aku sampai aku hilang ingatan supaya aku dapat lupakan semuanya.




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)