My fairylady, MAMA ♥

Hari ni kita cerita pasal mak nak? 2 minggu yang lepas, timbul satu perasaan nak balik yang membuak buak apabila semua housemate aku balik rumah mak pak depa. Aku yang dah berbulan tak balik dan telah berazam di hari tahun baru yang lepas yang aku tak nak balik disebabkan hal tertentu, akhirnya kecundang. Yela azam entah hape hape, ada ke azam taknak balik rumah dah. Tu derhaka nama dia tu. Jangan ikut ekk.

Dengan perasaan rindu yang membuak buak, aku balik ke sarang di mana tempat tumpah darah aku di setiap kali aku jatuh. Masa tu sibuk main basikal. Ahh,, cerita lama. Mak tunggu depan pintu. Tengok je muka mak. Amboii, menderu deru air mata ni jatuh. Rindu sangat agaknya. Aku bukan taknak balik sebenarnya, tapi kalau aku balik aku akan lebih berasa benci pada ayah.

Malam tu, tak lekang aku peluk mak. Rimas mak. Haha. Esok pagi mak kata mak nak bawak aku dengan adik adik pergi jalan jalan.haa sudah, assignment aku tah bila nak buatnya. Tapi kerana mak, aku diamkan dan pergi. Mak bagi kami makan besar hari tu. Aiskrim dua round. KFC entah berapa kotak. Aku bantai sampai 4ketul. haha.

Hari tu aku sedar. Tanpa ayah. Kami juga mampu hidup bahagia. Selagi ada mak. :')


Mak..Cikgu, Doktor, Tailor, Hairstylish, Motivator, Bestfriend dan Nyawa. Nyawa aku. 




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

No comments:

Post a Comment

cer komen cer komen...