hypocrite

wall pesbukk bedah senget dipenuhi dengan loving terms oleh mat dom.. tapi di relationship status dia tertulis mat heng.. manakala dia pulak asyik mengepost status berbau cintan cintut di wall mat ped.. ini telah menimbulkan satu krisis di antara kiah kokek yang sedang hangat bercinta dengan mat ped dengan bedah senget yang sedang asyik menggila mengepost status berbau cintan cintut di wall mat ped..

dah.. tak pasal pasal mat ped jadi rebutan di antara kiah kokek dengan bedah senget.. bedah senget telah mengacau hubungan intim diantara kiah kokek dengan mat ped.. manakala mat heng yang sedang berada di status relationship bedah senget kebingungan.. lalu mat heng cuba pula mentakel kiah kokek yang konon nya setia dengan mat ped.. kini jelas bahawa pasangan bedah senget dan mat heng masing masing tidak setia dan sangat hipokrit..

kesian kiah kokek yang setia tuu =(



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

jujur

aku bukak pesbukk.. terpampang satu status di home page aku bahawa seorang perempuan telah pun mengepost 'i love you' di wall boypren aku.. dan boypren aku like status itu.. dengan perasaan marah yang membuak buak di tambah dengan hasutan syaitan.. 'gaduh! gaduh! gaduh!' celaka punya setann. aku pun mengukir sesuatu seperti.. 'amboi :)'

lalu boypren aku memadam semua status itu dengan cermat.. kemudian satu mesej diterima di handphone aku..
'b takde pape ngan dia..' aku balas.. 'tak tanya apa apa pun..'

kalau nak curang, biar pandai sikit tak payah nak jujur sangat . =='



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

berpaling tadah

aku dapat tawaran sambung belajar kat oversi.. alhamdulillah.. benda yang paling aku impikan selama ni.. berat hati aku nak meninggalkan kampung, mak, ayah, adik adik.. dan semestinya dia yang tersayang.. tak sanggup aku nak tengok muka dia.. tapi ini juga penting untuk masa depan aku..

2 julai 2000, hari ini aku akan berangkat ke sana demi mengejar cita cita aku.. sebelum aku airport, aku luangkan masa aku dengan si dia yang aku sayang.. pertama kali seumur hidup aku melihat air mata dia jatuh.. aku beri dia sapu tangan kesayangan aku.. aku jugak turut mengalirkan air mata.. betapa aku dapat rasakan dia amat menyayangi aku.. aku yakin dia pasti menunggu aku.. terima kasih ya allah, kerana berikan kami kasih sayang sedalam ini..

7 ogos 2004, hari yang aku tunggu tunggu selama ini.. aku sangat rindu pada mak, ayah, adik adik.. dan juga dia yang tersayang.. aku ada belikan hadiah untuk dia.. aku harap dia suka..

8 ogos 2004, aku selamat sampai ke tanah air.. aku mengambil teksi dan terus ke rumahku.. memeluk mak, ayah dan adik adik yang dulu nya kecil kecil semasa aku tinggalkan.. sudah besar sekarang.. :) aku dengan perasaan teruja meminta izin untuk keluar berjumpa dengan si dia.. muka mak berubah.. ayah sekadar angguk begitu saja.. seperti sedang berlaku sesuatu tanpa pengetahuan aku.. hadiah yang aku beli di sana aku bawa untuk aku beri kepada dia..

berlari aku ke rumahnya.. sesampai aku di sana.. aku bersalaman dengan ibu dan ayahnya.. ibunya tersenyum gembira dengan kedatangan aku seperti dahulu.. tetapi bila aku tanyakan si dia.. muka ibunya berubah serta merta.. aku kebingungan.. tiba tiba aku terdengar suara kanak kanak riang di rumah itu.. ibunya pergi setelah itu meninggalkan aku dengan kanak kanak itu..

'siapa nama awak?'
'adam...'
'adam bin apa..'
'adam bin hisham...'

sekilas itu hisham keluar dari bilik nya dan terpaku seakan terkejut melihat kami..

hisham dah kawin lah citer dia.. adusss sakit betul hati saleha..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

hari tak selalu indah

aku nampak ada satu notification.. laju aku membukak notification tersebut.. 'friend request'.. sapa pulak budak nih.. tanpa berfikir panjang aku tekan button approve.. terus ke wall aku terukir ucapan 'thanks' dari dia.. aku balas 'wc :)'.. selang beberapa minit.. naik satu kotak disebelah kanan screen.. 'hai..' 

bermula dari situ aku kenali dia.. saling berbalas.. hari ke hari.. menunggu message dari dia di pesbuk.. comment di wall yang berjela jela.. hati berbunga bunga.. dan lepas tuh berpindah dari hanya di facebook ke telefon.. dari telefon pindah ke hati.. :) dan lepas tu.. berjumpa :)

tapi lepas jumpa?
"saya minta maaf saya tak boleh teruskan hubungan ni. awak terlalu jauh dari apa yang saya sangka"

aku tengok banyak awek kat taman titi sane tengah jogging pasal ni lah
 haish.. =='



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

syafira al basir pergi bercuti

jalan jalan di bandar hilir dan dataran pahlawan , melaka
juga di port dickson
terma kasih ayah :)




kenapa semua gamba kau tak nampak muka?
~itu memang style minah bergambar
=='




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

kembali

setiap yang hidup pasti akan mati.. bila dengar orang meninggal dunia cepat mulut akan membicara "inna lillahi wa inna lillahi rojiunn"- sesungguhnya kami adalah kepunyaan allah dan kepada allah jua lah kami kembali..




bila dia sahabat semestinya hati akan terasa kehilangan.. bila dia orang yang dicinta? kau harus redha dengan kepergian dia.. macam mana? adakah hati kau untuk dia akan berubah setelah dia pergi untuk selama lamanya.. mungkin dan tidak mungkin.. paling yang tidak dapat dilupakan adalah gelak tawa nya.. dan jugak senyuman dia.. mana mungkin hati aku akan berubah untuk dia.. tapi sampai bila.. hidup dengan bayang bayang dia.. perit.. sakit.. masih tak dapat menerima kenyataan nya dia bukan pergi tapi dia kembali untuk meninggalkan kau untuk selama lamanya..

tapi apabila datang nya cinta yang lain.. bingung.. ketika itu hati berbicara.. aku masih milik kau.. milik kau.. dan milik kau.. tapi hati.. apabila aku nampak dia seperti kau.. dia seperti kau.. kau kembali untuk aku.. tapi di hari perkahwinan.., hati aku tersedar yang kau telah pergi meninggalkan aku untuk selama lamanya dan aku bukan berkahwin dengan kau.. maafkan aku tapi dah tiba masanya untuk aku melepaskan kau..

al-fatihah buad arwah
Mohd Zainazrien Syamil B. Zainoddin
29 november 1993 - 20 januari 2012



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

kita hanya kawan :)

bila kau ada perasaan dengan kawan kau.. em.. macam mana.. aku tak berapa paham part ni.. kau kawan dengan dia.. tapi kalau tak kawan dulu macam mana.. bukan ke proses dia kawan dulu baru lebih lebih.. suka pada kawan baik.. lain ke..


kalau dah setiap hari dia lepak dengan kau.. macam orang kapel ditambah dengan gosip liar ditambah dengan rutin harian yang dilakukan bersama sama.. pergi kelas bersama.. rehat besama.. balik bersama.. petang pegi lepak taman.. buat buat singgah umah kau kata singgah sambil lalu.. janji jumpa kau.. bila orang tanya pasal kita rasa macam lain macam bila kau cakap.. "kita hanya kawan".. bila orang tanya pada aku.. rasa sakit nak jawab.. "kita hanya kawan"..

bila aku rasa kau pun rasa apa yang aku rasa.. tapi aku rasa kau malu untuk luahkan.. biar aku tolong kau.. aku letak satu note dekat bawah meja kau.. "aku suka kau".. kau terus mengelak dari aku seperti kita tak pernah kenal.. begitu lama kita bersama terasa janggal bila aku terpaksa lakukan rutin yang kita selalu buat bersama dahulu sorang sorang.. ya.. hanya aku dan diri aku.. perasaan menyesal aku hanya kerana aku meletakkan sebuah note kecil di bawah meja kau.. silap aku..


tapi mengapa setelah kini kau mula cari aku semula.. bila mana aku dengar dari mulut kawan kawan aku.. kau sering bertanya kepada mereka tentang aku.. sampai satu masa aku dapat satu note yang kau kirim melalui adik aku.. "aku rindu kau" tapi kenapa sekarang.. di saat aku sudah melupakan kau.. lalu aku kirim satu note untuk kau "kita hanya kawan :)"



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

suka atau cinta ?

ada sorang mamat nama dolah.. dolah orangnya pasif sedikit berbanding budak budak laki yang lain.. ada yang menggelar dia sebagai ustaz disebabkan perwatakkan dia yang mencenderong kepada orang seperti alim ulamak.. aku dan dia.. bagai bumi dan bintang.. dia bumi.. aku jadi bintang.. sebab bintang cantik sikit.. sangat jauh bezanya..

tapi kemusykilan nye timbul apabila aku dan dia seperti belangkas sekarang ni.. pelik takk? sangat pelik.. semua bermula apabila dia yang sepatutnya berada dalam department lain ditukarkan ke department yang sama dengan aku.. rehat bersama.. balik pun bersama sama.. sekarang boleh kata macam cekak dengan rambut.. dia rambut.. aku cekak.. sebab cekak comel sikit.. sampai ada pulak mulut yang nak mintak kaki pegi buat gosip aku dan dollah kapel.. ini boleh mendatangkan marah ni..

satu hari tuu.. dia beli coklat cadburry untuk aku.. gila.. aku tak pernah rasa macam ni.. cair kejap.. kejap je.. bila dah dapat coklat tuu aku rase terharu sangat pastu aku rase macam nak bagi dia sesuatu untuk balasan.. aku tahu dia suka air susu perisa strawberi.. aku pon macam nak beli je la kan untuk dia.. bila pergi kedai.. tak de.. em.. puas aku fikir nak bagi dia apa.. pastu aku cakap kat dia..

"wey, i dah cari merata dah susu strawberi yg u suka tuu.. tak jumpe lah.."
"u nk beli untuk i ke?"
"alamak, terkantoi pulak.."
"haha.., eh, boleh takk i nak mintak sesuatu.. takpayah bagi susu strawberi.."
"ape dia.."
"i nak u masak untuk i... boleh?"

terbeliak mata aku.. ape kena kau ejang? ni memang betul terase feel orang tengah bercinta ni.. ape nak buat ni.. buat bodoh jela.. satu hari kakak senior yang selalu jugak aku ajak lepak lepak ponteng kelas ajak aku lepak dan dia bukak pasal cerita ni..

"minah, akak nak tanya, kau suka ke kat dollah tuu?"
"akak ni apa kes.. orang ngan dollah tu best friend lah..."
"yeke? kalau dia terfeel lebih kat kau macam mana?"
"tak lah.. dia baik dengan semua orang lah kak.."
"biar akak cakap terus terang jelah ye.. semalam abang dol yang satu bilik dengan dia tu ada bagitau akak.. dia terbaca diari si dollah tu.. pergh.. kata dia penoh aje name kau.. lain macam je akak dengar minah.. apa cerita ni?"
"mungkin awek dia nama sama dengan saya.."
"boleh pakai jugak.. ok lah.. akak blah dulu.. bai.."

em.... dollah.. engkau jangan buat hal..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

baik sangatt

"cik.., tolong saye.. saye nak beli tiket ke titiwangse.." sekali pandang nampak macam handsome.. dua kali pandang nampak macam kacak pulak.. tige kali pandang handsome semula.. aku dengan kaver muke cute relakan hati nak tolong dia.. dia tersennyum.. "terima kasih.." cair sikit.. sikit je.. dia bersuara lagi.. "boleh pakai duit kertas kan?" aku mengangguk.. "tapi lima ringgit tak boleh masuk, encik.." wahhhh... kali ni aku bersuara.. dia nampak agak sedikit terkejut mendengar suara aku yang manje ala ala ratu rock negara, ella..

~sehelai baldu biru
yang kau beri dahulu
lambang cintamu itu..~

wow.. "cik ada duit kecik takk?" dia bertanya.. adehh.. potong betei.. baru nak bajet bajet suare manje macam ella.. dengan hati yang teruja aku memberi dia lima keping duit kertas singgit.. "kire dulu.." aku kata.. dia kire depan aku.. dan mengangguk sekali lagi berterima kasih.. lepas beli token tuu.. aku tunggu tren macam biasa.. lepas tuu aku tengok dompet aku.. kejap lagi nak beli token lagi.. sebab aku perlu menukar tren star lrt kepada putra lrt.. tapi duit singgit singgit aku dah bagi kat dia.. ~pekkkk - tepuk dahi ~
terpaksa beratur kat kaunter.. adehhh.. ni semua mamat tadi punya pasal lah ni...



baik sangat pun salah ~ huhu



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

mak, kakak sayang mak !


aku tak dapat nak balik weekend yang lepas.. sebab aku dah janji dengan kawan aku nak pegi cari barang lappy dekat lowyatt.. so, nak kire kire dah dua minggu aku tak balik.. rindu gila kat mak aku.. em.. hari ahad.. aku rase tak ade plan buat ape ape hari tu.. aku pun call mak aku.. mak aku bagitahu yang hari tu nak pegi hantar adik aku yang dok asrama sane balik asrama dia.. mak aku tanya.. "nak ekod takk?" nakkkk!!

mak janji nak ambil aku kat hostel.. tapi tak tahu bila.. aku hanya menunggu.. menunggu dan terus menunggu.. lepas azan asar tadi.., ade mesej.. makk.. "siaplah..., mak dah nak keluar.."

aku pon bersiap dengan secomel comelnye.. kasut yang baru aku beli semalamnya, aku pakai.. niat hati nak tunjuk dekat mak aku.. aku pon tunggu kat bawah.. lepas tuu.. mak telefon..

"kakak, mak tak dapat nak ambil kakak.. dah lambat.."
"mak niii!! kakak dah siap dah.."
"bukan mak sengaja tanak ambil, dah lambat........ *tuuuutttt" <-- aku letak telefon..

perasaan benci amarah bercampur hasutan setan durjana membisik ditelinga bermain dengan emosi mengeluarkan titisan air mata di pipi.. aku kembali ke bilik aku.. lalu aku mesej kawan aku..
"farah..., kau kat mana.." kata dia.. dia dapat rase sesuatu bila aku hantar mesej tuu.. yela tuu.. dia turun cari aku.. dia nampak aku nangis..

dia tarik aku pergi surau.. "cerita lah.." asal aku bukak mulut air mata aku keluar asal aku bukak mulut dia keluar lagi.. damn.. macam mana aku nak cerita ni.. nak tak nak kena cerita jugak.. pastu dia ajak pegi makan bile dapat tau yang aku sengaja tanak makan dari pagi tadi sebab aku dah set dalam kepala otak aku, aku nak makan dengan mak..

lepas makan kat kedai tuu, mak telefon lagi.. aku sengaja biarkan.. mak mesej.. "turunlah, mak kat bawah.." aku balas.. "takyah la datang, balik lah.." mak telefon dan terus menelefon lagi.. akhir sekali aku menyerah.. aku angkat call tuu..

"cepat lah turun.."
"nape datang, kan da cakap tadi takyah datang.. balik lah.."
"mai lah sini.."
"jap.."
aku letak.. aku akur.. pegi jumpe mak aku..

"mak bukan sengaja......blablablabla" aku pun tak berapa dengar mak aku cakap apa sebab aku saja buad tanak dengar..
"kakak balik hari ahad.."
"kenapa?"
"saja"
aku salam mak aku pastu terus blah.. macam anak kurang ajar.. sampai je kat bilik.. berjurai jurai air mata aku.. kawan aku bukak tb al hijrah ceramah pasal ibu bapa.. celaka.. makin laju air mata aku.. tersedu sedu aku menelefon mak aku..

"makk.. kakak mintak maaf... kakak sayang mak..!"

makk..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

bila kau kata maaf

maaf.. sorry.. maaf.. sorry.. same je.. kau ni pemaaf ke? kau senang nak maafkan orang? ke kau ni suke mintak maaf kat orang? mintak maaf kat orang? maknenye kau banyak buad silap? no.. no.. no.. tidak.. tidak.. tidak.. ape erti maaf..? ade sesiapa boleh bagitau takk..? sila angkat tangan.. mane? tak nampak pun..? tak tahu ke? ahaha..

mintak maaf tak bermakna kita selalu buat salah.. " u tak sihat? i mintak maaf sebab tak dapat datang tengok u.. kucing i mati.. ni i tengah baca talkin untuk dia la ni.." salah? takk? dan ade girl yang selalu mintak maaf macam ni.. " i mintak maaf sebab kalau i ada buad salah" belum buad salah dah mintak maaf.. silly girl.. wanita berhati lembut.. kau mintak maaf lepas bunuh orang pun dia akan maafkan.. insyaallah.. tapi kalau kau dump dia dan kau mintak maaf kat dia.. ok.. yang itu salah..


senang atau susah kau nak maafkan perkara sebegitu.. dimana bila dia berkata.. " i mintak maaf. i salah. my ex datang and mintak i terima dia semula. i rasa i sayangkan dia lagi. tapi i jugak sayang pada u. i buntu. sayang, i lepaskan u. i mintak maaf sangat sangat. " wow.. lets show the middle finger ! haha..

dan dikemudian hari nya..,
"sayang.."
"kau sape? bodoh.."
"ni i. i miss u honey.."
"kau sape..? lagi sekali bodoh.."
"i laa.. u dah lupe i? sayang, i mintak maaf. dia dah tinggalkan i lagi.. i mintak maaf. i janji i takkan tinggalkan u lagi. terime lahh i balik.. plisss :("


ok.. kau patut kata ape bila dia kata gitu..? sini aku ajar kau cakap.. kau patut cakap..

"GO TO HELL"

patut atau tidak patut? jika kau sayang pada dia.. kau fikirlah mana pergi sayang dia masa ex girlfriend dia begging nak couple balik dengan dia.. tuu sayang ke? no.. no.. no.. dia patut kena rejam sampai mati.. right? tak sampai hati? come on...! dia sampai je hati tinggalkan kau dan balik pada ex girlfriend dia.. hati.. bila hati kata maaf.. kau maafkan dia.. tapi terima dia kembali.. tidak sesekali..

itu salah kau.. sape suruh kau tinggal dia..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

dia bukan aku

bila kau sedar yang bf kau masih sayangkan ex nye.. ape nak buat?

ok.. aku test update benda ni as status kat facebook.. kau tau.. ramai yang kate "fuck that man!! " wahhh engkau.. main fuck fuck pulak.. cakap sekali lagi.. *main fuck fuck pulak.. celake.. suke pulak kau ulang benda tuu.. kau ingat ini konsert kaset rosak.. sudah.. diam semua..! ahaha..

ade pulak yang tanya macam mana boleh sedar.. bodoh.. sedar jela.. ok.. aku bagi contoh.. pakwe kau update status facebook.., dia kata.., "i feel like miss sumbudy, im sorry honey.." yang bermakna.. dia merindui seseorang yang sememangnya bukan kamu.. ok.., dalam kes ni.., lets say dia frust gila masa dia jumpa kau dan terus je kapel dengan kau.. ok.., kat situ aku rasa dia nak hilangkan rasa sedih dia je..

but, macam mane kalau kau dah buat sehabis baik kau untuk happy kan dia.. contoh? aik.. ni pun nak kena bagi contoh jugak ke? adehhh.. ok.. contoh dia.. kau dah geletek dia sampai dia penat.. ahaha.. bukan.. kau buat sampai dia sendiri cakap.. "im happy wif u honey, plis dun leave me.." tuu makna nya dia betei betei happy dengan kau.. tau takkkk??

tapi kalau dia happy time dia lepak dengan kau je? maksud dia..., time dia duduk kat rumah sorang sorang duduk mengadap facebook tanpa kau di sisi.. dia teringat pade makwe lame dia.. dan kau pernah terjumpa gambar makwe lama dia kat dalam bilik dia.. walaupun benda tu kat bawah katil.. kau ada terfikir kalau dia rindu kat makwe lama dia tu.., dia akan selongkar kat bawah katil dia untuk cari gambar tuu.. lepas kau suruh dia buang gambar tuu.. dia buat muka tak bersalah pada kau dan buang je.. atau kau sendiri yang buang.. aku rasa dia sedang menafikan perasaan dia yang sebenarnya rindu pada makwe lama dia sebab hati dia kata dia dah ada kau.. dan kau pula sedari kau tak boleh jadi seperti makwe yang dia kenang kenangkan tuu..


dan masa tuu kau boleh merasakan nya.. hati dia belum milik kau sepenuhnya..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

cik misi . .

ingat lagi entri ni? ok.. tuu time orang fikir kerja nurse ni hina kan.. kerja basuh buntot orang kann.. tapi baru baru ni.. aku balik kampung sebab ade kenduri kahwin.. dan ramai jugak yang sekarang cakap macam ni.. "hai cik misi.. cik misi ok cik misi..?" dengan muke serius buat aku terpesona.. ade makcik tuu.. "seronok tak minah belajar kat sana? anak makcik dapat tapi tak mau pegi.. nengis makcik 2malam sebab dia tanak pegi.. sekarang ada dok mengangkang je kat rumah tuu.. nak sembung yang lain tak dapat.. padan muka dia.." ok.. di saat itu aku rase organ organ badan aku mulai mengembang.. huhu.. bangga ! haa.. sekarang baru aku bersemangat nak balik kampung.. bila dah ade orang puji puji cenggini.. ye dakk?? terase la bangge sikit bila ade orang panggil seolah olah ade title datin.. ahaha.. title cik misi.. bila jumpa.. cik misi.. bila jumpa.. cik misi.. semua orang dok pangge aku cik misi dengan muke terhormatt.. ahaha.. tak sia sia masuk krusus misi.. memang saye bangge jadik cik misi !! hidup misi !!


ok.. ni uniform aku
pusrawi international college of medical sciences

result sem satuu dah keluar woii !
alhamdulillah..., minah lulus semua =)



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

janji

bila kata cinta jauh di mata
tentunya susah nak dipercaya
tapi atas dasar cinta yang mulia
mahu tak mahu ku percaya jua

mula nya cinta indah bahagia
al maklumlah cinta baru berbunga
semua yang pahit itu indah belaka
ini semua sayang lah punya bahana

hati si betina berbunga bunga
tak tahu pula hati si jantan nya
betina sangka si jantan setia
si jantan mengaku berpaling tadah rupanya

habis hancur dan punah perasaan cinta
tak sangka dipermainkan sebegini rupa
hanya berdoa agar si dia bahagia
sedangkan hati sendiri yang merana

dah lama pergi cinta ditangisi
tapi hati masih tak punya pengganti
nak kata keluh rasa dah hepi
alhamdulillah nikmat tuhan di syukuri

tapi hati mula berbelah bagi
bila cinta yang dulu datang kembali
mulut sahaja yang kata benci
tapi hati kata sayang lagi

bila dipujuk rayu bekali kali
hati terbuka terima dia kembali
waktu bersama terasa disayangi
bila hajat dia kata nak buat bini

aih.. hati ini berbunga kembali
bila bertemu ibu bapa kekasih hati
disitu tertanam harapan yang tinggi
harapan dimana dia kata nak buat bini

hari berganti hari
diri ini tetap diri ini
janji tinggal janji
akhirnya ditinggal sekali lagi

hancur harapan berkecai hati
sudah, sudah, pujuk hati
segalanya ku serah pada ilahi
agar bertemu kebahagian diri ini

janji nak buat bini, hak tuihhh..!



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

tahun baru =)



semua orang dok update pasal tahun baru ni apekehal.. aku pon nak jugak lahh.. ok tahun baru semua nak baru.. kan? ok nak buad wish list jap.. nak baju baru.. tudung baru.. kasut baru.. nak hempon baru.. nak laptop baru.. kereta baru.. rumah baru.. semua baru baru.. nak pakwe baru.. tett.. ehehe :D
ok dah cukup.. k baii..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)