berpaling tadah

aku dapat tawaran sambung belajar kat oversi.. alhamdulillah.. benda yang paling aku impikan selama ni.. berat hati aku nak meninggalkan kampung, mak, ayah, adik adik.. dan semestinya dia yang tersayang.. tak sanggup aku nak tengok muka dia.. tapi ini juga penting untuk masa depan aku..

2 julai 2000, hari ini aku akan berangkat ke sana demi mengejar cita cita aku.. sebelum aku airport, aku luangkan masa aku dengan si dia yang aku sayang.. pertama kali seumur hidup aku melihat air mata dia jatuh.. aku beri dia sapu tangan kesayangan aku.. aku jugak turut mengalirkan air mata.. betapa aku dapat rasakan dia amat menyayangi aku.. aku yakin dia pasti menunggu aku.. terima kasih ya allah, kerana berikan kami kasih sayang sedalam ini..

7 ogos 2004, hari yang aku tunggu tunggu selama ini.. aku sangat rindu pada mak, ayah, adik adik.. dan juga dia yang tersayang.. aku ada belikan hadiah untuk dia.. aku harap dia suka..

8 ogos 2004, aku selamat sampai ke tanah air.. aku mengambil teksi dan terus ke rumahku.. memeluk mak, ayah dan adik adik yang dulu nya kecil kecil semasa aku tinggalkan.. sudah besar sekarang.. :) aku dengan perasaan teruja meminta izin untuk keluar berjumpa dengan si dia.. muka mak berubah.. ayah sekadar angguk begitu saja.. seperti sedang berlaku sesuatu tanpa pengetahuan aku.. hadiah yang aku beli di sana aku bawa untuk aku beri kepada dia..

berlari aku ke rumahnya.. sesampai aku di sana.. aku bersalaman dengan ibu dan ayahnya.. ibunya tersenyum gembira dengan kedatangan aku seperti dahulu.. tetapi bila aku tanyakan si dia.. muka ibunya berubah serta merta.. aku kebingungan.. tiba tiba aku terdengar suara kanak kanak riang di rumah itu.. ibunya pergi setelah itu meninggalkan aku dengan kanak kanak itu..

'siapa nama awak?'
'adam...'
'adam bin apa..'
'adam bin hisham...'

sekilas itu hisham keluar dari bilik nya dan terpaku seakan terkejut melihat kami..

hisham dah kawin lah citer dia.. adusss sakit betul hati saleha..



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

No comments:

Post a Comment

cer komen cer komen...