kita hanya kawan :)

bila kau ada perasaan dengan kawan kau.. em.. macam mana.. aku tak berapa paham part ni.. kau kawan dengan dia.. tapi kalau tak kawan dulu macam mana.. bukan ke proses dia kawan dulu baru lebih lebih.. suka pada kawan baik.. lain ke..


kalau dah setiap hari dia lepak dengan kau.. macam orang kapel ditambah dengan gosip liar ditambah dengan rutin harian yang dilakukan bersama sama.. pergi kelas bersama.. rehat besama.. balik bersama.. petang pegi lepak taman.. buat buat singgah umah kau kata singgah sambil lalu.. janji jumpa kau.. bila orang tanya pasal kita rasa macam lain macam bila kau cakap.. "kita hanya kawan".. bila orang tanya pada aku.. rasa sakit nak jawab.. "kita hanya kawan"..

bila aku rasa kau pun rasa apa yang aku rasa.. tapi aku rasa kau malu untuk luahkan.. biar aku tolong kau.. aku letak satu note dekat bawah meja kau.. "aku suka kau".. kau terus mengelak dari aku seperti kita tak pernah kenal.. begitu lama kita bersama terasa janggal bila aku terpaksa lakukan rutin yang kita selalu buat bersama dahulu sorang sorang.. ya.. hanya aku dan diri aku.. perasaan menyesal aku hanya kerana aku meletakkan sebuah note kecil di bawah meja kau.. silap aku..


tapi mengapa setelah kini kau mula cari aku semula.. bila mana aku dengar dari mulut kawan kawan aku.. kau sering bertanya kepada mereka tentang aku.. sampai satu masa aku dapat satu note yang kau kirim melalui adik aku.. "aku rindu kau" tapi kenapa sekarang.. di saat aku sudah melupakan kau.. lalu aku kirim satu note untuk kau "kita hanya kawan :)"



hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

No comments:

Post a Comment

cer komen cer komen...