Harga seorang jururawat.

Doktor dan Nurses. Ramai kata even aku sendiri pon kata sebelum aku masuk ke bidang ni, nurses adalah orang suruhan doktor. Memang semua orang tak tahu yang ini, bila jururawat silap je sikit tersalah ke sama ada sengaja atau tak sengaja, pesakit boleh mati. Dan doktor hanya akan luluskan request nak balik  daripada pesakit selepas mengetahui result pemeriksaan daripada JURURAWAT. Jadi, berapa besarkah pangkat jururawat ni sebenarnya?

Bila doktor tak ada kat ward satu hari, jururawat boleh je conduct. Kalau jururawat yang tak ada pulak? Macam mana? Jadi anda semua ada hargai nurses? Yang selalu aku dengar, engkau orang cakap nurses pengotor, basuh berak orang, pemalas, makan gaji buta duduk aje tak buat kerja. Bukan itu je. Doktor? ohh sedakk sungguh berperisa memarahi nurses.

Engkau orang tahu kena jaga bagi makan ubat, mandikan, cuci luka, monitor bp, monitor DXT, monitor segala bagai monitor kejadah lagi berapa orang satu hari? Sedakkk je kata nurses tak buat kerja.

Nak tahu apa kerja doktor? Datang kerja pukui 9, pi makan dulu kat cafe, Sign form, buat report, makan tengah hari, suluh situ, suluh sana, sign sign, tengok pesakit, balik. Pastu pandang rendah kat nurses. hey geram aku. kalau macam tu aku pon boleh.  Ohh sedakknye kata kat orang bodohh. Cuba buat satu hari tanpa jururawat di hospital. Nak tengok sikit doktor ambil urin specimen.



Satu hari tanpa jururawat di hospital. Doktor ambil urin specimen. haha klakarr..
Hargailah jururawat ;)




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

No comments:

Post a Comment

cer komen cer komen...