Karma


Satu percintaan bermula. Indah indah sepanjang masa. Biasa lah kalau perempuan, kalau duduk sekali ceritanya tak berhenti. Si gadis ceria setiap kali bercerita. Percintaan mereka terhenti saat Si lelaki berdiri. Berdiri tegak konon menjadi wira pertahankan pertiwi. Ibu si lelaki minta si lelaki tinggalkan si pujaan hati demi memenuhi kehendak bermenantukan seorang yang berdarjat tinggi.

Si bunga akur tetapi berat hati nak berundur. Si lelaki terpaksa pergi demi kebaikkan hubungannya dengan family. Tapi jauh disudut hati masih dia memuja pujaan hati. Jadi stalker kanan dan kiri. Sampai membahaya diri sendiri. Sungguh tulus cinta di hati.

Tapi si bunga tak pernah tahu. Dia fikir si lelaki bahagia di sisi cinta baru. Dia diam dan hanya buat tak tahu. Tak pernah pula dia nak ambil tahu. Yang sekarang dia tahu dia ada cinta seorang ibu. Ibu yang melayan kerenahnya dan tidak pernah jemu jemu. Dalam kepala dia hanya cinta ibu.

Selang beberapa tahun selepasnya. Si gadis seorang yang bekerjaya. Duduk di rumah besar bahagia bersama keluarga. Tanpa cinta tanpa sayang sesiapa. Hanya keluarga. Suatu hari yang tidak disangka sangka. Dia terjumpa si teruna. Kali ini cinta bertaut kasih yang lama. Si lelaki memutuskan cinta dengan pilihan keluarga. Mencari si gadis bertahun tahun lamanya. Akhirnya penantian tidak sia sia. Kali ini cinta nya lebih dari segalanya.

Si lelaki meminang si gadis dengan angan angan indahnya. Tapi alasan ibunya, dia seorang yang bekerjaya, bagaimana jaminan anaknya akan hidup bahagia sedangkan gaji si gadis lebih dua kali ganda. Keluarga si lelaki hanya menunduk muka. Inilah yang dinamakan karma. Memandang hanya pada Harta yang tidak membawa kemana mana.

Karma. Mak, sila jaga jaga. :D




hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

No comments:

Post a Comment

cer komen cer komen...