Perasaan

Hari ini hari pertunangan Mamat dengan pilihan ibubapa nya. Meski hati Mamat telah dipahat dengan nama Bedah, Mamat tetap menunaikan permintaan ibubapanya kerana tidak mahu bergelar anak derhaka. Bedah akur. Tapi Bedah tahu, dalam hati Mamat ada Bedah. Berat hati Mamat melangkah keluar dari rumah untuk mengikuti rombongan tersebut.

"Ma.. Mamat tunggu kat rumah jela."
"Kamu tu yang nak bertunang tau, bukan mama. Kamu kena pergi jugak."
"Bukan sepatutnya calon lelaki tak perlu hadir ke?"
"Itu zaman dulu, ini zaman sekarang, pihak perempuan nak sarungkan cincin kepada calon lelaki. Jadi, kamu kena pergi jugak."

Mamat akur. Segak berbaju melayu putih. Seperti mahu ke majlis pernikahannya. Sebelum keluar dari bilik, Mamat mencuri sedikit waktu untuk menelefon kekasih hatinya, Bedah.

"Youu.., dalam hati I ada you je k.."
"I tahu. Dah.. You pergi lah.. Nanti lambat.."
"Kita doa banyak banyak supaya tuhan kuatkan jodoh kita k.."
"Insyaallah.. Dah.. You pergi dulu k.."
"ok.."

Bedah letak telefon. Bedah pasang cerita Maharajalawak dan gelak sekuat kuat hatinya menyembunyikan perasaan sebenarnya.


Saiful Bukhari b. Manan.. Saya tak mampu harungi dugaan ini.





hey..dah bace ke? dah bace like lah! telo ayam telo puyu, tengkiyu =)

No comments:

Post a Comment

cer komen cer komen...