duit perlu jugak... cinta pun perlu jugak.. kalau tak ade duit boleh hidup ke? tak boleh? memang tak boleh.. bukan materialistik tapi ini realiti.. memang tak boleh hidup tanpa duit... betul...? betul... tapi antara cinta dan duit??? memang lah kalau tengok kat tv tu... memang semua akan menang kan cinta.. tapi realiti??
cerita ibu mertua ku.. 'pantang keturunan aku ahli musik' .. ha.. tu dialog dia.. kih kih.. tak sama langsong.. mesti lah korang akan sokong cinta sabariah dengan kasim selamat... aku pun... tapi bila fikirkan balik... mak dia nak anak dia hidup senang kan? mak mana yang nak tengok anak dia merempat duduk kat bawah rumah orang macam dalam cerita tu...? kasim selamat tu pulak sepatutnya bela nasib diorang dan tunjukkan kat mak dia bahawa anak dia boleh bahagia kalau kawin dengan dia... macam tu? ye.. betul tu..!
tambahan zaman sekarang ni kos sara hidup dah tinggi... lelaki..! sedar lah.. jangan biarkan zaman cinta antara darjat berulang lagi.. hapuskan nya... kih kih kih.. kedudukan lelaki harus tinggi daripada perempuan... betul..? betul.... kerana? kerana lelaki yang akan memimpin kaum hawa ini... yeah...! kih kih kih..
tapi... apa apa pun... kita harus utama kan mak ayah dulu... restu mak ayah tu yang penting... ye tak? ye... kalau mak tak restu.. tak bahagia lah hidup kao... betul...?? betul... pepatah bengong mengatakan... duit di dahulu kan.. cinta diutamakan.. kih kih kih..
No comments:
Post a Comment
cer komen cer komen...